Sunday, 19 June 2011

Selamat Hari Bapa : Buatmu Abah


Buatmu Abah.

Melihat wajahmu,
Sayu & pilu disebalik senyuman yang mengukir
Disitu berjuta-juta keringat mengalir
Tapi mengapa aku, kami tidak menyedari.

Melihat tanganmu,
Kasar & penuh gagah
Disitulah segala kerja dilakukan untuk membesarkan Si anak
Tapi mengapa aku, kami tidak menyedari.

Setiap pengorbanan, jasa & keringat
Hanya untuk keluarga, dikorbankan sepanjang hayat
Tapi mengapa aku, kami tidak menyedari.

Namun, melihat hatimu,
Disitulah terletaknya hati aku, hati kami.
Kasihmu abah, bersinar dalam naluri.
Apapun jua dirimu abah,
Hati & kasihmu membuka hidup aku, hidup kami.

Setiap ilmu diajar dengan teliti,
Sebagai bekalan di hari nanti,
Disitulah yang aku, kami hargai.

Cinta & kasihmu terus dibawa ke syurga,
Kerana disitulah,
Terletaknya cinta teragung.

Semoga hidupmu dipenuhi rahmat & keberkatan Illahi. amin~

karya,
cart kartika

0 0 comment/s here..:

Post a Comment