Thursday, 28 July 2011

Adab di bulan Ramadhan

Dalam sebuah buku Fadhilat Bulan Bulan Islam ,
terdapat beberapa perkara tentang adab2 di bulan ramadhan.. 

owang kate, sharing is caring.. 
kte berkongsi dapat pahala, anda yang bace pon dapat phala gak =D
so, Jum same2 kita tengok  :
1. Menjaga lidah dari berdusta, atau mengumpat mahupun mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengan diri kita.
2. Apabila berbuka puasa hendaklah makan dan minum secara bersederhana. Elakkan makan dengan gelojoh dan melakukan pembaziran.


3. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi tetapi ruang masa yang ada dipenuhkan dengan beribadat kepada Allah.


4. Mengawal sifat marah
5. Mengawal perut dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan memastikan makanan yang dimakan adalah halal lagi bersih.


6. Berusaha menjaga semua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.

7. Mengurangkan tidur disiang hari. Penuhkanlah masa yang ada dengan amal ibadah.

8. Mengawal hati dari sifat hasad dengki atau memiliki perasaan yang tidak puas hati terhadap orang lain.

9. Bersifat rendah diri & sentiasa muhasabah tentang kelemahan diri.

10. Menginsafi dosa-dosa lalu & bermaafan terhadap orang yang disakiti.
   
"Jadikanlah puasa kali ini puasa yang terbaik untuk kita semua.."
amin =D

6 comments:

  1. nice sharing.....semoga mendapat rahmat dan redhaNYA..Allahuma Balighna Ramadhan..mohom maaf andai ada salah silap dan terkasar bahasa..

    ReplyDelete
  2. akak pn same.
    sme2 tingkatkan amalan ramadhan kli ni.

    ReplyDelete
  3. nice info~ berharap ramadhan kali ini lebey bermakna dr tahun lepas...:)

    ReplyDelete
  4. semoga Allah pelihara kita, oleh itu bolehlah tingkatkan amalan.kan2?

    ReplyDelete
  5. ika & fiq : iyer btol.. same2 kite tingkatkan amalan puasa kali ni.. :)

    ReplyDelete