Sunday, 21 August 2011

7 CARA NIKMATI HIDUP DENGAN CERIA !


1. Pertama, jangan benci, 
tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, guru, pensyarah atau sesiapa saja. Perasan benci itu akan merosakkan niat dan keikhlasan kita. Benci itu boleh membangkitkan dendam dan seterusanya boleh mencetus satu pergaduhan.
 
2. Kedua, jangan bimbang. 
Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan diri kita sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Tenang oke. banyakkan beristighfar..
3. Ketiga, hidup secara sederhana adalah tuntutan agama kita. 
Kesederhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna dan tidak popular cam artis tetapi sekurang-kurangnya mempunyai hati yang tenang. Itu adalah lebih penting. Bersederhana dan bersyukurlah kerana masih ramai lagi yang menderita dan sengara di luar sana.
4. Keempat jangan terlalu mengharap. 
Kadang-kadang pengharapan itu akan membawa kepada kekecewaan. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlau mengharap yang besar dan terbaik yang tak mungkin akan kita miliki.
5. Kelima, banyakan memberi. 
Ini adalah terapi untuk membersihkan minda dan diri. Kepuasan orang yang memberi lebih bermakna daripada yang menerima. Ini termasuklah bersedekah dan membantu orang yang memerlukan.
6. Keenam, sentiasa tersenyum. 
Orang yang mudah menghadiahkan senyuman bererti mempunyai jiwa yang damai, niat yang baik dan jujur. Itu adalah kualiti bagi si penderma senyuman. Menurut kajian, dengan menarik otot bibir kiri dan kanan akan membuatkan wajah kamu nampak lebih cantik, menarik dan menceriakan suasana. Maka lengkapkan penampilan seseorang dengan senyumannya. So, lepas ni senyum2 la selalu yep =)
7. Ketujuh, perlu ada teman yang baik seperti saya. (perasan !) 
Setiap orang memerlukan individu lain untuk saling berteman, saling memahami, saling menghormati, saling menasihati dan saling bersifat terbuka serta positif. Pilihlah teman yang boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan. Itulah yang dinamakan sebagai `good friend`. 
"A true friend is someone who thinks that you are a good egg even though he knows that you are slightly cracked." 

8 comments:

  1. dengan cara menceria kan org lain jugak kite turut ceria..chill ya! :)

    ReplyDelete
  2. nice sharing cik ika..keep it up!hehe;)

    ReplyDelete
  3. @myhatiku
    betul tu^^ kna same2 ceria..bru hidup besh

    ReplyDelete
  4. @nur.asnida.hassan
    no-worries-be-happy dear..jgn cdey2 k! smile..^^

    ReplyDelete


My photo

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Fizik . mixblood daughter of Rohaya & Abdullah . part time blogger . full time muslimah . 
:: enjoy reading & literature :: art & design :: travel & bussiness ::