Wednesday, 24 August 2011

Ketika kau Sedih..



FIRMAN Allah yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali. Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.”  
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Kehidupan di dunia tidak sunyi daripada kemelut, krisis, musibah dan malapetaka di mana tidak seorang pun akan terlepas daripadanya. Ia adalah untuk membuktikan siapakah dalam kalangan hamba-Nya yang bersabar dan tetap memohon perlindungan kepada Allah dalam apa juga keadaan.


Ketika kau Sedih, ingatlah bahawa musibah itu adalah ujian,
oleh itu perlu tabah berhadapan.
Ketika kau Sedih, ketahuilah bahawa orang lain pernah merasainya,
oleh itu bersyukurlah kerana diberi peluang mengubahnya.

Ketika kau Sedih, imbaslah kegembiraanmu,
dengan itu kamu lebih menghargai, bahawa gembiramu itu, adalah hikmah disebalik kecacatan tingkah lakumu..

4 comments:

  1. ketika sedih, ingatlah yg kita dah banyak gembira. musibah adalah salah satu ujian Tuhan

    ReplyDelete
  2. dont be sad~ ALLAH selalu bersama hambanya ;)

    awk, leh panggil sy, mas eh.. fiqra tu nama gabungan dengan afiq =) sy pun dah add link awk dlm bloglist~ hehee

    ReplyDelete