Tuesday, 16 August 2011

Peristiwa Ramadhan kali ni...

Photobucket

ya allah.. segala puji pujian bagi allah tuhan sekalian alam, yang memiliki segala sifat kebesaran-Nya..

Dah lama tak post entri baru. Ramadhan kali ni berlaku peristiwa yang agak mengejutkan buat ika. Peristiwa ni berlaku petang semalam. 

ika keluar ada hal sket. Alhamdulillah, kerja2 yang ingin dilakukan selesai dengan baik. Lebih kurang jam 3 on the way blik rumah.. macam biasa, nak masuk selekoh ke kanan ke kiri ke mesti kena signal dulu kan.. mesti! wajib ! baru orang belakang tahu yang kita nak belok ke kanan ke kiri.. haa tapi kali ni ika dah signal cam biasa. ble nak masuk ke kiri, ika pandang cermin belakang.. ya Allah! ada seorang lelaki menunggang motosikal ! sangat laju ! ika rase disebabkan menunggang terlalu laju orang tu tak perasan yang kereta ika ni bagi signal dan dah berhenti untuk masuk ke kiri. 

Booo0m!!! 

ika cepat-cepat turun.. ya Allah.. lelaki tu dah tergolek jatuh.. motosikal die ada pecah-pecah sket. tapi tiada kecederaan serius.. Nasib baik ada 2,3 orang lain ditempat kejadian .. ada sorang pakcik datang dan tolong angkat die dan alihkan motosikal ke tepi.. ika betul-betul gelabah dan xtahu nak buat ape . segera kol abah suruh datang. Nasib baik insiden tu berlaku dekat rumah, boleh juigak abah datang tolong settle.. -.-

Sebaik sahaja lelaki tadi berdiri, datang sebuah kereta kancil dan memanggil dia masuk. aik? nak ke mana? xkan nak lari? lebih kurang 5 minit abah ika sampai. Tiba2 sekali lagi sebuah kereta berhenti, rupa-rupanya lelaki tadi datang balik bersama ayahnya.. dan yang ambil dia ke rumah tadi adalah jirannya. nasib baik.. ingat lari balik camtu aje..

Terkejut ika tengok abah dan ayahnya bersalam ngan mesra. seolah2 memang dah kenal. ? rupa-rupanya abah ika kenal ayah si lelaki tu. hurm. bulan-bulan puasa ni masing-masing nak settle dengan cara yang mudah. Bumper kereta kelisa yang ika pandu tu pecah dan bahagian bonet belakang pun agak kemek sedikit. Tapi disebabkan lelaki tu pun luka dikaki n motornya pun ada pecah-pecah.. abah settle dengan mudah. Yang penting lepas ni semua perlu berhati-hati. Ada hikmah disebalik tu.. Syukur juga tiada kecederaan teruk berlaku.. Allah masih panjangkan usia ku..


Thanks Allah for the life..
mungkin ada hikmah disebalik semua ni..
yang penting semua selamat.
peristiwa mengajar kita untuk lebih berhati-hati lepas ni..
alhamdulillah allah masih panjangkan usia ni.. 
semoga usia yang ada ni tidak dipersia-siakan..
amin..

p/s: huhu bumper kete pecah!!! 
         Agak fobia nak pandu kete pasni...
*yeke fobia.. kejup je kot fobia nyer... huhi


9 comments:

  1. Assalamualaikum.

    alhamdulillah pemandunya tak cedera;)
    pc pernah accident dengan van dekat selekoh.tapi memg salah pc.hehe;)

    ReplyDelete
  2. Eee, takutnye eksiden. Setakat ni tak pernah lagi, simpang malaikat 44. Takut kannnn.

    ReplyDelete
  3. syukurla xpa2...rads pn pena eksiden juga..mujurla xda pa2..^^..hehehe

    mak ai,, sempat lagi catat nombor...hahaha

    ReplyDelete
  4. akak drive sorang2 ke?? ada cedera tak??

    ReplyDelete
  5. @BudaK KeciK (BK)
    akak ngan anak sdara akak..alhmdlah la ju, xd cdera pape.. dak mto tu la yg skitnye..

    ReplyDelete
  6. @pengemis Cinta~
    alhamdulillah ika x pape pc.. huhu laen kali kna slu aty2 la kan ^^

    ReplyDelete
  7. @Radsmil Nasir
    haha 2la pasal rads.. sempat amek nombo. klaka la.. kolot btol pmikiran. !

    ReplyDelete


My photo

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Fizik . mixblood daughter of Rohaya & Abdullah . part time blogger . full time muslimah . 
:: enjoy reading & literature :: art & design :: travel & bussiness ::