Tuesday, 31 January 2012

hanya aku tahu


Apa yang difikir, hanya diri yang terasa
apa yang dilihat, hanya mereka yang lihat
bukan pada fitrah, tapi pada zahir

Jika ditanya mengapa begitu
tidak harus ku jawab ertinya
sedangkan diri sendiri belum pasti jalannya

Bukan membengkak, bukan mengelak
cuma tidak mahu mengalah, 
hanya mahu menegak

Bila dikata iya, tidak jawabnya
bila dikata tidak, mungkin iya jawabnya
biar keliru, biar membiru
namun benarnya, tetap ada

Biar terasa hina
biar terasa rendah
asal hati yakin dan teguh

Pendirian diri bukan calang
biar jiwa terhalang
kerna ku nampak terang
di situ cahya, di situ nyalaannya
hanya yang Satu tahu segalanya


akan ku tunggu tibanya masa.
untuk ku buktikannya.


2 comments:

  1. saya doakan smoga awk brjaya n bahagia slalu...jgn pernah berhenti utk berusaha kerana dari usaha dtangnya kejayaan :)...

    ReplyDelete
  2. buktikn kebenaran nya.......

    ReplyDelete