Wednesday, 21 March 2012

Sayangilah Dia ..


1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke kemasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dirinya kekal begitu. 


3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencuba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.


4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.


5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.


6. Percaya akan dirinya. Sentiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan sentiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.


7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.


8. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa malah jiwanya akan mati secara perlahan.


9. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya.

tapi ingatlah, cintakan manusia, manusia akan mati..
cintakan Allah, itulah yang abadi...

2 comments:


My photo

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Fizik . mixblood daughter of Rohaya & Abdullah . part time blogger . full time muslimah . 
:: enjoy reading & literature :: art & design :: travel & bussiness ::