Wednesday, 21 March 2012

sejauh mana teman sejati anda ..

Photobucket

Setiap antara kita mesti mempunyai sahabat. Tiada yang dilahirkan untuk hidup seorang diri. Malah keluarga, juga adalah sahabat, iaitu sahabat yang paling dekat dalam apa jua keadaan. Ada yang beranggapan, sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa ada bersama walau senang mahupun susah. Namun tidak semua bertuah untuk memiliki sahabat sejati. Mungkin diri ini belum cukup baik untuk memiliki kawan yang baik. Mungkin juga diri ini terlalu jujur, sehinggakan ada yang sanggup mengambil kesempatan. 

Tapi tuhan maha adil, tika dia turunkan hujan, pasti akan ada pelangi yang menyinari. Kegelapan yang dimiliki bukan hanya untuk selamanya, pasti ada sinar yang menyusuri.

Tika kita bersedih, hanya tuhan tempat mengadu. Di situ, sahabat tidak lagi segalanya. Namun mereka tetap ada sebagai pendorong semangat. Ingatlah, mereka juga manusia. tiada manusia yang sempurna. tiada sahabat yang sempurna. sejauh mana persahabatan yang kita miliki? jika kita memahami perasaan dan sikap sahabat, kita mungkin tahu apa yang disukainya, apa yang tidak. tapi ada juga yang sengaja melakukan perkara-perkara yang kita tidak suka. entahla, mungkin niatnya untuk bergurau, atau memang untuk menyakitkan hati. jelas, dia bukan lagi sahabat. hanya seorang kenalan, yang hanya ada untuk sementara waktu dan mungkin pergi suatu masa. Atau, ada silap antara persahabatan itu. muhasabah diri, perbetulkan kesalahan. insyaAllah.

Namun perlu berhati-hati. 

0 0 comment/s here..:

Post a Comment