Monday, 18 June 2012

Tanggapan Awal


Memang lumrah manusia suka meletakkan tanggapan awal yang buruk 'bad first impression'. Apabila kita berhadapan dengan seseorang, mungkin mudah bagi kita menyatakan perkara-perkara atau sifat yang negatif yang ada pada dirinya berbanding sifat positif contohnya sombong, ego, cakap besar dan lain-lain. Bagaimana kita mudah melemparkan tanggapan seperti itu sedangkan kita belum mengenalinya dengan lebih rapat. Dia mungkin sombong, tetapi sebenarnya mungkin dia seorang yang baik. Apa kata kita nilai balik diri kita, apa kekurangan kita. Nobody is perfect. Tiada manusia yang sempurna. Kenapa perlu melihat kepada keburukan orang lain, sedangkan kita pun apa kurangnya. Jangan terlalu melihat dari sudut yang negatif, sedangkan terdapat banyak lagi nilai dan sifat positif yang ada pada diri seseorang. Begitu juga dengan diri kita, daripada meletakkan tanggapan awal yang buruk pada seseorang, lebih baik melihat diri sendiri dahulu. 

Namun harus ingat, sifat dan perlakuan kita menunjukkan diri kita sebenar. Jadi berhati-hati dengan sifat dan setiap tindakan yang dilakukan kerana setiap tindakan atau perkataan yang dilontarkan itu memberi seribu makna dan tanggapan awal orang lain terhadap diri kita, sama ada kita seorang yang baik atau pun tidak. Kesimpulannya, berbuat baiklah selalu, muhasabah diri, betulkan kesilapan dan mencuba untuk menjadi yang lebih baik. Setiap tindakan dan niat yang baik, akan disusuli dengan balasan dan hasil yang baik. insyaAllah..


0 0 comment/s here..:

Post a Comment