Sunday, 15 July 2012

this is life : cabaran !


Setelah menghitung hari, hari ini dah masuk minggu ke empat menggalas tanggungjawab sebagai guru. bukan mudah menjadi seorang guru. tanggungjawab yang diamanahkan bukan mudah seperti yang dikatakan oleh mereka. kecuali mereka yang memahami dan turut berada dalam situasi yang sama seperti ini. kadang-kadang kita memikirkan kesempurnaan untuk diri sendiri, namun tidak semua orang memahaminya.

Kita pernah memilih untuk membiarkan mereka tahu apa yang dirasa, namun jangan berharap agar mereka faham. setiap manusia memiliki sifat untuk menegakkan pendirian masing-masing. aku tidak mengharap mereka menerimaku sebagai seorang yang 'perfect' atau boleh melakukan segala perkara. namun cuma ku harap agar pengorbanan yang kecil itu mampu mengubah seseorang, memberi kesan yang bermakna. 

Jika dilihat pada pandangan yang berbeza, manusia lebih gemar meletekkan tanggapan yang 'extreme' pada seseorang atau sesuatu perkara. samada menjangka sesorang itu terlalu hebat dan mampu melakukan perkara yang hebat-hebat, ataupun menjangka seseorang itu terlalu daif dan tidak mampu untuk melakukan perkara yang hebat-hebat. tepulanglah pada individu untuk melebelkan kita sebagai apa. tanpa disedari, kita mungkin mampu mengubah sebukit pasir yang tandus untuk menjadi sebuah gunung yang tinggi. yang pasti, kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa usaha dan keinginan yang membuak-buak. buktikan jika kita mampu. cabaran itu mengajar untuk menjadi lebih dewasa ! 

0 0 comment/s here..:

Post a Comment