Thursday, 30 August 2012

untung si bidadari


 Salam ika ucapkan kepada semua kawan-kawan dan pembaca. Agak lama juga ika xmencoret menconteng merepek meluah menceritakan sesuatu kat sini. Kerja sebagai guru praktikal memang full. Sebab tu busy sket nak update dengan post-post yang terbaru. Tapi kali ni rase macam nak menulis plak. insyaAllah, ada sesuatu yang ingin dikongsikan bersama. 

 Hurm, sebelum terlupa, ika nak ucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri, dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan rakan-rakan yang mengenali. Semoga berakhirnya Ramadhan kali ni memberi kita seribu erti yang bermakna. insyaAllah dapat bertemu lagi Ramadhan untuk tahun yang seterusnya.. cakap pasal raya, ika rasa raya tahun best! kenapa best? Apa yang bestnye? hm, ika rase best sebab semua family dapat berkumpul. adik beradik, kakak, abang-abang, ipar-ipar, anak-anak sedara yang bertaburan berteriak berlari berkejaran memanjat menjadikan rumahku begitu meriah :) macam biasa, malam raya mesti tidur lambat sebab tolong umi masak. Menu yang menjadi keutamaan mestilah rendang ayam *feveret yang mami masak punya, xsama dengan yang laen =D*, rendang daging, kerutuk daging, kuzi dan juga roti jala! menu utama every year dipagi raya pertama. and my sister punya roti jala is the best! akak dan abang ipar bertungkus lumus membuat roti jala dari siang sampai ke malam duk menjala, sweet jugak, biarla penat pun, asal dapat buat kerja bersama suami, benda berat pun xterasa berat hihi  okeh, nak try roti jala bolehla jemput beraya umah ika kat kelantan lain kali ek..hehe

 Itu yang best, yang xbest pun ada jugak. Kali ni ika beraya dalam keadaan demam, batuk-batuk dan suara garau-garau ala2 jamal abdillah. sakit sangat.. huhu. dah seminggu demam tapi still xsembuh2 lagi. batuk2 makin menjadi-jadi. Bukan xmakan ubat, tapi macam mana nak sembuh, orang beraya minum ai batu oren sirap sunkuick rebena xkan kita nk mnum ai suam je.. huhu tu yang hentam je ai sjuk. *mana nk sembuh batuk, ye dak?*

 Dalam suara serak ala ala penyanyi rock, hari raya ke 4 sempat berjalan beraya rumah-rumah kawan sekolah menengah. hurm, rindu sangat kat kamu semua.. kita ni memang, kalau keluar beraya umah kawan-kawan dan cikgu-cikgu sekolah, dari pagi sampai ke malam! thanks kepada geng-geng Al-Syafallah (paih, pokloh, apex), ala, sue, jan, amy, mira, reza dan lain-lain. Sekali sekala berjumpa kawan-kawan lama best kan. hurm semua dah besar-besar belaka. *macam laa kita ni still kecik, padahal membesar dengan penuh semangat lg neyh!* Teringat pulak mee kari cikgu faridah (cikgu bahasa melayu). sedappnye... yummy2! Memang sedap la, kalau tidak, xkan kawan kita ni menambah dua tiga kali kan. hehe. Bihun goreng Reza pun sodapp.. dari jauh dekat simpang depan tu lagi dah bau bihun goreng tuh. haha! Tapi kan, apa yang nak disampaikan kat sini.. Apabila tiap kali waktu beraya, bukan makanan yang menjadi sasaran utama untuk meranggos, tapi kegembiraan dan ketenangan yang dikecapai apabila kita menziarahi rakan-rakan, bermaaf-maafan. Itu memberikan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan. *pastu kalau orang hidang makanan, kita makan la.. rezeki jangan ditolak..*  

 ok, kembali kepada tajuk post kali ni : untunglah bidadari itu. siapa bidadari itu? apa yang untungnya? musim raya, musim cuti sekolah = musim orang kawin. yup! Selamat Pengantin Baru ika ucapkan kepada teman-teman yang sudah selamat sempurna diijab kabul sepanjang cuti Aidilfitri. Ika mintak maaf kalau ada jemputan yang xdapat ika hadir. hari raya pertama kedua ketiga memang bz. kalau nak keluar pun memang tentu confirm serius xtipu akan tersekat jem xbergerak statik tersangkut kat jalan 2,3 jam macam batu. haih (-.-) ase nak tumbuk je kerete kat depan tu, dush dush! mintak maaf sangat-sangat ye. Apa-apa pun, Semoga allah memberkati kehidupan kamu dunia dan akhirat.. amin. Itu doa saya untuk awak-awak semua. Untungkan bila dah kawin, banyak pahala tu.. insyaAllah peroleh keberkatan daripadaNya. suka sangat tengok persiapan orang kawin-kawin ni. Baju pengantin, bilik pengantin, pelamin semuanya cantik-cantik. Nampak macam best je kawin ni. Kalau masa kecik-kecik main kawin-kawin pun rasa cam best seronok walau xtahu menahu pape main-main sambil makan aisPong, ini kan pula kalau kawin betul, xmain-main. haha lebih-lebih pulak kita =P. Raja sehari sehari la katakan. Pengantin perempuan malu-malu ayu cantik berseri. Pengantin lelaki pulak segak bergaya nampak gagah dan tampan *cewah*. hihi. serius, cahaya pengantin memang terpancar bersinar-sinar. Harap-harap nur keimanan yang terpancar di wajah nan suci itu kekal menjadi penyejuk serta penyeri rumah tangga.

 Bercakap mengenai jodoh, tahniah diucapkan kepada kawan-kawan yang telah menemui jodoh. Tidak kurang juga kepda kawan-kawan yang bakal bertunang dan juga mendirikan rumah tangga nanti. Untungla  bidadari itu. kenapa bidadari? wanita digambarkan sebagai bidadari. Bidadari dunia adalah untuk suami yang tercinta. Apabila disunting hati seorang wanita, maka lengkapkan hidup si adam dengan menjadikan wanita itu sebagai isteri, bidadari penyejuk hati, peneman setia hidup dan mati.


Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata,
“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”

 Ukhwah yang terjalin kekal terpahat dihati. Berdoa kebahagiaan dan kesejahteraan seseorang itu sudah cukup untuk kita mengingati seseorang. Tidak berhubung dengan seseorang yang pernah kita kenal bukan bermakna memutuskan ikatan persaudaraan. Tidak perlu berjumpa menatap wajah bersemuka bercakap bergayut sms facebook chatting. Hanya berdoa akan kebaikannya sudah mencukupi, jikalau berjumpa atau berhubung itu lebih mungkin mendatangkan seribu keburukan dan kekecewaan kepada kita daripada kegembiraan dan kebahagian. that's my opinion. and i really meant it =')

okey, that's all . *mentang-mentang hari ini xd kelas langsung, so im free to blog ! yeay*
wassalam.

0 0 comment/s here..:

Post a Comment