Thursday, 13 September 2012

Genap 22 tahun

Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah, tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi berpraktikum kat sekolah. Rasa sedih pula nak tinggalkan sekolah, sedih nak tinggalkan students.. Tapi rasa rindu juga kat upsi, rindu untuk ke kuliah, berebut-rebut nak baik bas ke kampus, jumpa kawan-kawan, dan macam-macam :') ok, tapi bukan itu yang ingin dikongsikan disini.  

9hb September genap usia 22 tahun  apabila difikirkan balik, dah 22 tahun hidup kat muka bumi allah ni. alhamdulillah, syukur kerana masih lagi diberi peluang kesempatan untuk hidup bernafas berpijak di bumi ini. 22 tahun tu nak kata sekejap xjuga, nak kata lama pun tidak. yang pasti, pengalaman-pengalaman yang dilalui banyak mengajar erti kehidupan. Namun begitu, ika yakin dengan usia yang boleh dikatakan masih muda ini, banyak lagi perkara kisah-kisah hidup cabaran ujian baru yang bakal menanti dihadapan. that's what we called : life 

Terima kasih banyak-banyak ika ucapkan kepada semua kenalan yang wish birthday samada melaui msg dan juga facebook. Big thanks and i really appreciate it ! walaupun ucapan selamat hari jadi itu ringkas, tetapi bagi ika, ia penuh bermakna. Terima kasih kerana masih mengingati.. *tahu je facebook tu dah siap bagi reminder birthday kawan-kawan. haih ~ xpla, sekurang kurangnya kita alert juga dengan birthday kawan kawan kan, walaupun bukan hafal pun tarikh birthday diorang tu =p okla, this time boleh la say thanks to Facebook sebab remind tarikh birthday kita pada kawan-kawan. betul x.. (^_^) Terima kasih juga dengan ucapan-ucapan serta doa yang diberikan.*cecece..macam ucapan penghargaan VIP plak* insyaAllah, semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan dan segala kebaikan dari-Nya. Amin.. 

To my beloved family: sayang sangat2.. terima kasih umi abah sebab lahirkan ika ke dunia, jaga didik dan segala-galanya. umi abah adalah semangat utama dalam hidup. walau kemana pergi, apa pun jua masalah yang dihadapi, keluarga adalah tempat mengadu. mentang-mentang anak perempuan bongsu, kadang-kadang tu rasa dimanjakan jugak. hehe yeke? hurm, ada kot orang jelez nanti. anak bongsu perempuan kira anak bongsu la jugak.. yang adik ika ni anak bongsu lelaki..ye dak??? haha nak jugak jadi anak bongsu ye? okla.. amad ambil la title tu. kakak xkisah pun. yang penting, kamu adalah tempat kakak merapu mebebel membobot dengan segala kerenah yang kadang kadang tu entah apa apa. kikiki tq sebab sanggup melayan dan memahami kakak mu selama ini yang pasti, i love my family, my brothers and sister and all ! 

To my best friends : sue and jan. 
jan  ika  sue 

walaupun sekarang ni kita berjauhan dan dah xdapat nak jumpa selalu, tapi still lagi xlupa ucapkan selamat hari lahir.. you're the best. best friend forever..  bff ea? hehe jan, bff ke bbf? xpla, bbq pun okay.. haha  xlupa pada cikgu izha, terima kasih banyak2 dengan ucapan2 doa semangat dan harapan yang diberikan.. =) sama-sama kita berdoa untuk kebaikan dan kesejahteraan bersama. InsyaAllah.. 

To all my friends : u're always my special friend. 
Bagi ika semua kawan-kawan ika adalah teman yang istimewa. Masing-masing ada keistimewaan dan cara persahabatan yg tersendiri. apa jua dirimu cara dan gaya serta perwatakan, personalitimu, kejujuran dan keikhlasan tulus dari hati itu yang menjadi keutamaan. semoga ukhwah yang terjalin kekal mesra. insyAllah. 

special thanks to halawati.. siap wish birthday ika awal2 lagi hari tu dalam blog, terharu ika. try klik >sini< bolehla melawat blog hala ni : blog yang sangat kreatif dengan penulisan2 yang menarik.. *cecece promote blog orang sket* hala ni kawan sekelas ika, satu kos Fizik. birthday hala pun pada bulan September *16 September* tq hala, apa2 pun Semoga panjang umur murah rezeki dan diberkati olehNya.. banyak benda susah senang dikongsi bersama. terima kasih banyak-banyak halawati.. =)
To all mydear students : thx for the wishes and do'a. cikgu ika doakan kamu semua berjaya dunia akhirat. sejak dua menjak menjadi guru ni, banyak benda yang dapat ika belajar dari students. Kerap kali terlintas difikiran, usaha mendidik anak-anak bangsa bukan mudah. mereka sememangnya memerlukan kasih sayang, perhatian serta bimbingan yang betul. suka pulak dengan budak2 ni. manja diorang ni sebenarnya.. hehe. cikgu harap kamu2 semua rajin rajin belajar ye.. =) teacher sayang kamu semua..  
To my beloved lovely housemates : nad, muni, inaatien, myra.. tq so much! kamu semua baik-baik belaka. Banyak perkara suka duka dikongsi bersama semenjak tinggal bersama ni. ika hargai sangat. Bukan nak celebrate birthday pun, bukan juga hadiah dan kemeriahan serta kejutan yang diharapkan. Namun persahabatan dan persaudaraan yang terjalin itu diharapkan dapat sama-sama kita jaga dan terus terjalin indah dengan mengukir kenangan-kenangan yang sentiasa dibina bersama. *apa-apa pun, donut BigApple memang sedaptq ya ! 

Walaupun dah umur 22 tahun. Tapi terasa diri ni macam budak-budak lagi. hehe ada perkara ada masa kita matang dan tegas, namun hakikatnya jiwa ini masih lagi keanak-anakan. *hehe budget muda la kot* kalau dah tua xkan ada orang bagi hadiah si cumil 2 ekor ni. 2 ekor ke? ke nak panggil ape.. huhu lantaklah, yang penting Sood dan Sodah ni cumil. ika suka klasik x nama diorang? Sood dan Sodah.. hehe kreatif betul cikgu cikgu ni bagi nama ya ! 

 



Sood dan Sodah versi cartoon :

 ini Sood
          ini Sodah  =)










harapan untuk kali ini : seperti biasa, setiap tahun sentiasa ingin terus berusaha ke arah kebaikan. semoga hidup ini sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan illahi, berjaya dunia dan akhirat..amin..sememangnya kita manusia lemah, sentiasa leka dan alpa. namun sekurang kurangnya kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik. itu yang diharapkan...

7 comments:

  1. Happy belated bufday & salam perkenalan..:-)

    ReplyDelete
  2. saya doakan semoga smua impian awk tercapai cikgu ika...insyaAllah...awk kne kuat tk mghadapi hari2 yang mndatang...rmai yg support awk taw...msti cikgu izha suka smpai xley tdow tgk nme dia ade kt blog awk ^^...

    ReplyDelete
  3. saya doakan semoga smua impian awk tercapai cikgu ika...insyaAllah...awk kne kuat tk mghadapi hari2 yang mndatang...rmai yg support awk taw...msti cikgu izha suka smpai xley tdow tgk nme dia ade kt blog awk ^^...

    ReplyDelete
  4. saya doakan semoga smua impian awk tercapai cikgu ika...insyaAllah...awk kne kuat tk mghadapi hari2 yang mndatang...rmai yg support awk taw...msti cikgu izha suka smpai xley tdow tgk nme dia ade kt blog awk ^^...

    ReplyDelete
  5. @nakatsuizha trima kasih byk^^ hehe... =p malu plak rasa..

    ReplyDelete


My photo

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Fizik . mixblood daughter of Rohaya & Abdullah . part time blogger . full time muslimah . 
:: enjoy reading & literature :: art & design :: travel & bussiness ::