Saturday, 17 November 2012

cincin yang hilang


salam kawan2. alhamdulillah ika rasa gembira sangat sebab dapat semula cincin yang hilang. macam mana boleh hilang? haa, ni nak cerita.

ika ingat lagi, hari kedua last praktikum di kuantan. khamis, 18 oktober. petang tu balik lambat sebab nak siapkan mural di dinding kantin sekolah. tengok jam dah pukul 6 petang. dah lewat. apa-apa pun kena siapkan hari ni juga. esok hari last praktikum di sekolah. sekurang-kurangnya ada kenangan untuk ditinggalkan. walaupun xcantik sangat, tapi xpe yang penting ikhlas. ok, dah 6.30 petang. dah lewat ni. nanti drive balik umah pun dah setengah jam. ok, kemas-kemas cat dan basuh tangan kat sinki dulu sebelum pulang. disebabkan tangan penuh dengan cat yang bermacam-macam warna, terpaksa guna thinner. hm tanggalkan cincin dulu dan letak di sebelah sinki, kemudian baru boleh gosok-gosok celah-celah jari dan kuku yang terkena cat tu. dah siap cuci tangan, baru boleh balik.

esok, jumaat, 19 oktober. hari ni hari last praktikum di sekolah ni. jadual kelas xbanyak hari ni. tambah-tambah lagi student exam. so masuk kelas pun jaga exam je. sebelum balik, berjumpa dengan para pelajar yang kenal, makan-makan, bergambar dan bersalam-salaman. ketika bersalaman ngan pelajar, ika terpandang pada jari manis tangan kanan. eh? mana cincin ika?? hah? baru ika teringat semalam ika mengecat dinding kantin kemudian letak cincin di sinki kantin semasa basuh tangan. oh tidak !!! kenapa xteringat langsung? ika bergegas ke kantin lebih kurang jam 12.30 dan terus menuju ke sinki tempat ika basuh tangan. ika cari setiap sudut kat sinki tu, belakang sinki, celah2 sinki, bawah sinki.. xd pun. mungkin dah ada orang yg ambil.... sedihnya.... :( kalau cincin biasa2 xpe, ni cincin emas. sayang sangat..

ika bergegas balik ke bilik guru. sambil-sambil bersalam dan ucap selamat tinggal pada guru-guru senior, ika bagitahu yang cincin ika hilang di kantin. xpla, mungkin xd rezeki... :( sedih. sayang sangat cincin tu. kecil tapi cumil. mami yng hadiahkan.....

sabtu, 20 oktober. drive pulang ke kelantan. 10 pagi. dengan hati yang sebak. tinggal kuantan dengan seribu kenangan, bersama-sama dengan cincin kesayangan..

tapi semalam, 15 november. ika terima sabuah panggilan dari seorang cikgu yang menagajar di sekolah ika berpraktikum, dan bagitahu ada berita gembira yang ingin disampaikan. cuba teka apa? cincin ika yang hilang tu dah jumpa !!! :) terima kasih kepada student yang jumpa dan cikgu yang tolong simpan. wah, alhamdulillah.... masih ada rezeki lagi . dan kebetulan cikgu tu datang ke kelantan cuti sekolah ni.

akhirnya, cincin yang hilang tu sudah diketemui dan ika dah dapat cincin ika kembali.. bersyukur sangat2. gembira. lega. alhamdulillah. akan lebih berhati-hati. :)


4 comments:

  1. Alhamdulillah da dpt balik...hehehe lenkali kena jaga elok2 la yer.

    ReplyDelete
  2. cikgu kena berhati2 laenn kalii...
    jgn careless....same mcm cikgu dop mrah2 student jgn careless...

    ReplyDelete
  3. @GUNNERS okay...insyaallah.. careless sb nk cepat balik. yke sy mrah2 student jgn careless?? mrah pn xpndai =p

    ReplyDelete