Monday, 3 December 2012

bersangka baik

salam everyone . 
luangkan sedikit masa untuk sama-sama kita berkongsi pengisian rohani ini =)



Surah Al-Hujurat ayat 12, 

“Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”.

Keterangan ayat “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.” dalam Surah Al-Hujurat ialah tinggalkanlah sangka-sangka jahat terhadap sesama mukmin. Kerana berdosa bersangka jahat pada orang-orang muslimin, yang pada lahirnya orang-orang baik. Jika bersangka jahat pada orang yang berterang-terangan melakukan dosa, seperti minum arak, berjudi dan sebagainya, maka tidaklah berdosa.

Oleh itu, telah jelas dan nyata tafsiran ayat di atas dalam Al-Quran iaitu kita hendaklah bersangka baik terhadap sesama mukmin yang tidak terang-terangan melakukan dosa kerana ALLAH melarang kita bersangka jahat terhadap sesama mukmin yang tidak terang-terangan melakukan dosa dalam ayat di atas.

Untuk mengukuhkan dalil “KENAPA TIDAK BOLEH BERSANGKA BURUK PADA MUKMIN YANG TIDAK TERANG-TERANGAN MELAKUKAN DOSA?KENAPA PERLU BERSANGKA BAIK?” mari kita renungi dan fahami hadis Nabi Muhammad S.A.W. ini.

“Jauhilah kamu dari prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sebohong-bohong rekaan rasa hati (berita hati).”.

[H. Sepakat Al-Bukhari-Muslim]

Pengajaran Hadis :

1.       Islam mengajarkan umatnya agar memiliki hati yang suci-bersih, ikhlas dan tidak mudah menaruh prasangka buruk terhadap kata-kata atau perlakuan seseorang saudara ISLAM.

2.       Rasulullah S.A.W. melarang orang ISLAM memasang prasangka dan tohmah, sebab dia (prasangka dan tohmah) adalah tipu daya hawa nafsu atau andaian buruk semata-mata.

3.       Sesungguhnya prasangka itu tidak ada bukti dan dia tidak membawa kebenaran sedikit pun. Kesan dari sifat prasangka ini akan menimbulkan keretakan dalam masyarakat dan akan mengganggu keharmonian.

Kesimpulannya, kita hendaklah bersangka baik terhadap sesama muslim yang tidak melakukan dosa secara terang-terangan (tiada bukti dia melakukan dosa) dan janganlah kita bersangka buruk terhadap sesama mukmin dan muslim yang tidak melakukan dosa secara terang-terangan (tiada bukti dia melakukan dosa).


sama-sama kita perbetulkan diri. 
see u next post. 
barakallah =)


4 comments:

  1. In Shaa Allah... good info for sharing.. btw, datang singgah and terus follow.. nice blog..
    feel free to visit me at

    http://aetyhasteja.blogspot.com/

    TQ ♥^_^

    ReplyDelete


My photo

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Fizik . mixblood daughter of Rohaya & Abdullah . part time blogger . full time muslimah . 
:: enjoy reading & literature :: art & design :: travel & bussiness ::