Wednesday, 27 February 2013

Hidup umpama coklat, nikmatinya sebelum cair..

salam everyone.

Dalam hidup ni terdapat banyak perkara yang berlaku disekeliling kita. Sama ada kita sedar mahupun tidak. Setiap perkara yang berlaku disusuli dengan setiap ganjaran, balasan, sama ada baik atau tidak. Tetapi kita tidak sedar kan. Kadang kala kita fikir tindakan yang dilakukan itu adalah betul. Namun sebenarnya, tidak semua yang dilakukan, yang dikatakan, yang difikirkan itu adalah benar. 

Setiap manusia berhak meluahkan apa yang difikirkan. Berhak bertindak berdasarkan apa yang ingin diperlihatkan. Namun harus ingat, setiap manusia berbeza-beza. beza dari sudut pemikiran, hati, personaliti dan sebagainya. 

Kehidupan itu rumit sebenarnya. perit dan pedih, JIKA tidak dapat menghargainya. Dalam apa jua keputusan, jalan yang dipilih harus bijak. Berkongsi pendapat dan mengambil serta belajar ilmu dari orang sekeliling itu adalah penting. Jangan bertindak mengikut hati sendiri semata-mata. walaupun perit dan susah untuk meneruskan kesulitan yang dialami, nikmatilah hidup ini dengan gembira, tabah dan pupuk diri dengan nilai-nilai agama. Ia umpama coklat ! nikmatinya sebelum cair. 

chocolates,

Teruskan apa yang telah dimulakan. once you've started, you've to finish it ! jangan menyesal di kemudian hari. Jadikan hidup ini indah, fikirkan yang terbaik. And always be positive. Jangan terlalu fikirkan kesusahan. Enjoy every little things, do the right things, and remember, every pieces of goodness, is worth. insyaAllah.

may Allah bless us. barakallah to everyone =)

p/s : kat tanjung malim ni hujan lebat la.. uuu~


4 comments:

  1. Saya jenis yg susah nk fikir positif. Dan bila ditimpa nasib yg kurang baik, saya selalu persoalkan life saya

    ReplyDelete
  2. Its hard for me to think positive at this moment. Seems like my life is in a mess right now

    ReplyDelete
  3. @AmyZana jangan begitu.. tenangkan diri :) insyaallah ada jalannya penyelesaiannya.. :)

    ReplyDelete
  4. @AmyZana sometimes we need to put ourselves in mess, so that we can create a big chance to change !

    ReplyDelete