Tuesday, 19 March 2013

motivasi pagi =)




 Macam mana nak ceria & bersemangat setiap hari?

1. Berdoa agar sentiasa ceria & bersemangat, 

2. Memaafkan semua orang agar hati bersih & minda positif, 

3. Programkan minda setiap malam sebelum tidur: Ya Allah, jika aku masih panjang umur, kejutkan aku esok pagi dalam keadaan sihat, beriman, ceria & seronok nak pergi kerja, tapi jika aku mati esok, matikan aku dalam husnul khatimah; 

4. Bangun pagi terus senyum & berdoa mohon agar hari ini lebih baik daripada semalam, 

5. Cari "butang hijau" iaitu perkara yg buat kita ceria-- peluk pasangan(suami/isteri), cium anak, beri ikan dalam akuarium makan, geletek kucing, dengar lagu nasyid kegemaran, minum air kegemaran, tengok FB, etc, 

6. Bayangkan hari ni mungkin terakhir & azam untuk melakukan yang terbaik, 

7. Gembirakan hati orang di sekitar, 

8. Amalkan sunnah-sunnah Nabi, 

9. Temui cinta sejati, 

10. Pakai warna kegemaran, 

11. Berjalan pantas, 

12. Masuk pejabat dengan Bismillah, beri salam & masuk dengan langkah kanan, 

13. Sentiasa Tawakkal kpd Allah. 

Jom kita amalkan. 
Wassalam =)

4 comments: