Thursday, 18 July 2013

puding gula hangus @ puding karamel =)


salam Ramadhan buat semua..
ini resepi puding gula hangus (mine version).. jum try =)

Bahan-bahan :

1. 5 biji telur itik
(telur ayam pun boleh, tapi kalau guna telur itik lagi best )

2. 1 tin susu pekat
(susu cair pun boleh, tapi ika prefer susu pekat. sebab manis lemak berkrim! disukai ramai )

3.  2 sudu besar tepung kastard
(tepung gandum pun boleh, tapi guna tepung kastard puding akan jadi lebih gebu)

4.  tambah air setengah tin susu (lebih sikit).


Cara-cara :

1. masukkan semua bahan-bahan tersebut dalam mixer. mix sehingga keluar buih. nampak gebu-gebu mulus gitu.

2. panaskan gula (2 sudu besar) di dalam loyang. cairkan sehingga berwarna perang. masukkan sedikit air. kacau sebati. sejukkan seketika.

3. masukkan adunan yg telah 'mix' ke dalam loyang tadi.

4. kukus ! lebih kurang 30-40 minit

5. hati2 semasa terbalikkan loyang ~ takut puding hancur. that's why you better use 'tepung kastard' =)

6. sejukkan di dalam peti ais sebelum hidang.



tada!!! ini hasilnya =) 


4 comments:

  1. lama x skodeng blog kiut miut ni.. tibo2 jupo resipi kuih blh guna telur itik. emm nmpak sdp di situ. blh try wt esk ni. itik2 sila bertelur dgn banyak esk..hehe

    ReplyDelete