Saturday, 6 July 2013

tinggi rendah bukan ukurannya .. =)


alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana penat lelah selama ini berbaloi.. tahniah juga buat kawan-kawan yang berjaya menamatkan 4 tahun pengajian bersama. 

sebenarnya lepas final paper hari tu, hati ni sentiasa berdebar-debar fikirkan tentang final result yang akan diperoleh. mana tidaknya, selama 8 semester belajar, sem 8 la yang paling penat, tension, takut, sibuk dengan thesis dan sebagainya. *tapi pelik, walau busy, pipi tetap makin tembam! hehe itu lain cite eh* 

yang paling ditakuti adalah subjek Solid State Physics. memang struggle habis! kita cuba yang terbaik, berusaha sehabis mampu, berdoa dan bertawakal.. insyaAllah rezeki yang diperoleh itu setimpal dengan usaha dan kemampuan kita. takut sangat kalau subjek ni fail. apabila keluar je result, subjek pertama yang dilihat adalah Solid State.. !

Alhamdulillah! walaupun dapat B, tapi itu sudah cukup membuat aku bersyukur. bukan senang taw. rasa nak terkeluar je otak lepas habis jawab paper solid state hari tu... sesiapa skor A for Introduction For Solid State Physics, memang salute lah !! tabik spring!! subjek yang lain semuanya A. bersyukur sangat.. alhamdulillah. tak sangka jugak, inilah yang dikatakan rezeki =')


 yang penting status : Layak Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.=) 

tapi, apa yang ingin ika kongsi disini, tinggi rendah keputusan peperiksaan kita bukanlah penentu segala galanya, bukan ukuran berjaya atau tidak kehidupan kita kelak.


setebal-tebal buku yang kita gunakan sepanjang kita belajar, bukanlah melambangkan hebatnya kita berbanding orang lain. sejauh mana nilai ilmu yang kita miliki? kalau tidak dimanfaatkan dengan cara yang betul, sia-sia juga. manusia yang berjaya di dunia tidak bererti berjaya di akhirat. sama-sama kita renungkan.

jadilah insan yang berusaha bukan pada mulanya sahaja, namun jika gagal terus berusaha. malah jika berjaya pula, terus tetap berusaha agar ilmu yang diperoleh itu terus dimanfaat untuk menggapai kejayaan, bukan setakat di dunia semata-mata, malah berjaya akhirat kelak. 

wassalam.. 

p/s:  gembira x kalau dah habis belajar? 
rasa-rasa.. nak sambung master atau kerja? hurm.. 
*ke kawen??? erk !!


16 comments:

  1. ika..ika buat bk berkobar2 nk smbg blaja tapi masih dalam dilema =(

    ReplyDelete
  2. wah3!! tahniah!!!
    Insyaallah result ok... :)
    ~~~

    ReplyDelete
  3. @Budak Kampung yke.. smbungla bk klau ada pluang.. ilmu xkn habis.. :) ika support bk okeh

    ReplyDelete
  4. @Megi Tristisan betul tu.. kita semua sam disisi allah swt

    ReplyDelete
  5. @shida terima kasih.. result tu memang dah kluar dah pun :)

    ReplyDelete
  6. awesome.... cikgu fizik nie... ina kagum sgt2 dengan fizik n orang yg boleh assume fizik nie... tahniah kak... :)

    ReplyDelete
  7. wow, hebat. tahniah! goodluck in ur future :D

    ReplyDelete
  8. @~Nor Arena~ xdla.. akak pn xmnat pn fzik mse skolah dlu. tp alhamdulillah, bila msuk u n amek fzik, ase minat plak.. ilmu itu luas.. terokailah ia.. :)

    ReplyDelete
  9. @sha (chirp chirp) terima kasih.. goodluck 2u2.. thx visit.. :)

    ReplyDelete
  10. wahhhhhh. bestnya. Jelas arr :'D
    Harap sangat adik dapat jadi macam akak :D

    ReplyDelete
  11. Wah!!tahniah cikgu!!p8ti jgn lupa plak blk kuantan n jenguk SMK Alor Akar!!!hehe

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete


My photo

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Fizik . mixblood daughter of Rohaya & Abdullah . part time blogger . full time muslimah . 
:: enjoy reading & literature :: art & design :: travel & bussiness ::