Sunday, 8 September 2013

bumi murabbi =)


Alhamdulillah, dapat kembali menjejak kaki di bumi murabbi, setelah hampir 3 bulan meninggalkan upsi tercinta. rindunya bila tengok kampus, teringat masa belajar dulu. 

kali ni ika dan kawan-kawan datang ke upsi untuk pengambilan jubah konvo dan raptai. minggu depan 13 sept dah nak konvo. tak sabar rasanya. walaupun dapat tawaran interview MRSM Kuantan, dan tarikhnya adalah sama dengan hari ambil jubah, 5sept. ika memilih untuk tidak menghadiri interview dan hadir ke upsi.. ?

mesti ada yg kata ..ruginya.. kenapa ika tolak? first, sebab panggilan dapat pada hari selasa 3sept. sedangkan dah rancang untuk ke upsi pada 4sept. kedua, ika rasa naluri untuk ke upsi mengambil jubah sendiri lebih kuat berbanding untuk menghadiri temuduga tu.

kalau lah panggilan temuduga itu dapat lebih awal, mungkin ika akan pilih untuk menghadiri temuduga berbanding merancang untuk drive sendiri ke tg malim. lagipun jubah konvo boleh je minta wakil untuk ambilkan. tapi kami dah plan untuk ke tg malim sama-sama masa raya hari tu lagi.. ika rasa macam terlalu rushing untuk ika tukar-tukar plan secara tiba-tiba. *saya xboleh kalut2 nanti kerja xmenjadi..! hehe that's me*

bila dapat panggilan pada hari selasa tu, sedih juga rasa. tak tahu nk buat keputusan pilih yang mana. bertembung tarikh.. kenapa mesti 5 sept.. tapi tak apa.. abah kata.. fikir yang terbaik.. mungkin xd rezeki.. mungkin ada rezeki lain yang menanti.. insyaAllah..

ika pun rasa macam tu. insyaAllah ada lagi rezeki lain menanti di mana-mana. try jugak minta postpone tarikh interview sebab alasan : perlu ke upsi atas urusan konvo.. tapi interveiw pada khamis 5 sept tetap dijalankan. namun kalau diizinkan tuhan, mungkin permintaan ika untuk postpone tarikh tu dimakbulkan..? siap tahu.. kalau dapat panggilan kedua, syukur alhamdulillah.. kalau tak. xpe, ada hikmah.. =) ika yakin.


oleh kerana memilih untuk ke upsi, alhamdulillah kami selamat sampai tg malim petang 4 sept. esoknya 5 sept menuju ke kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

tempat mengambil jubah di bilik jubah berhampiran dewan besar. hurm, bukan main ramai lagi.. terpaksa la beratur panjang.. di situ la dapat jumpa kembali kenalan-kenalan upsi.. semua nampak berbeza.. ada yang dah nampak matured berbanding dulu.. ada yang dah kawin.. ada yang semakin berisi.. ada yang dulu pakai spec sekarang dah xpakai.. ada yang kasut high heel nya amboi class gitu. dengan drees dan make up.. macam-macam.. xsangka usia telah mengubah kita. namun harus ingat, perkenalan dan persahabatan itu tetap tidak berubah... =)

masa nak ambil jubah tu, rasa kalut jugak. semua nampak kalut.. dah dapat jubah try dulu mana tahu xok ke.. nak tukar saiz ke.. ada jugak yang tolong ambil untuk kawan-kawan. dah selesai ambil jubah, ok balik rehat. petang ni perlu hadir raptai konvo plak. sebelum tu kami singgah makan tengah hari di kedai makan taman bernam. mengimbau kembali masa lunch sama-sama lepas kuliah dulu.. hurm, rindu kan =)

petang tu raptai berlangsung di dewan besar. semua graduan sepatutnya diwajibkan hadir. tapi ika rasa ramai yang tidak hadir. hehe. tapi tu pun dah penuh dewan. raptai bermula 2.30 petang. tapi kami terlambat sikit, masuk hampir jam 3. hehe. kami diberi taklimat tentang peraturan pemakaian, masa, etika, cara penerimaan ijazah di atas pentas dan sebagainya. ya allah, rasa berdebar juga. dalam masa yang sama xsabar menunggu tarikh 13 sept ni...


malam tu bukan main lagi masing-masing duk try jubah depan cermin. pastu siap buat sesi rehearsal sendiri. hihihu eh tido2, esok nk bertolak awal..

pagi tu betolak dalam pukul 11 pagi dan alhamdulillah selamat sampai di rumah ika lebih kurang jam 5 petang. 

p/s : kekalutan kita bersama membuatkan persahabatan kita lebih bermakna..
with love, Nik Raihanah, Nur Fayadhah, Nur Shahida, Nor Halawati, Siti Aishah... 

3 comments:

  1. It's difficult to find experienced people in this particular topic, however,
    you seem like you know what you're talking about!
    Thanks

    Here is my web blog; Dermajuvenate Skin

    ReplyDelete
  2. Congratz dear.Selamat berkonvo.InsyaAllah kalau rezeki ika kt sane ade berita baik menanti.Gudluck dear. :)

    ReplyDelete
  3. student upsi ye... dah lme nampak awk.. hehe dh x lamj nk konvo kn..gdluck awak.!

    ReplyDelete