Friday, 28 February 2014

Permohonan sebagai Guru Mara

salam.

sebenarnya ramai yang tanya tentang pengalaman semasa interview untuk pengambilan guru mara, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41. tak sempat nak update, ni baru ada masa. =) 

note : entry ni agak panjang. sesuai untuk rakan-rakan graduan pendidikan yang bakal posting/ menunggu posting. akan berkongsi bagaimana cara memohon - pengalaman temuduga - sehinggalah permohonan diterima. semoga dapat memberi seribu manfaat! 
insyaAllah.

Mara akan sentiasa buka pemohonan untuk guru mara setiap tahun, jadi sesiapa yang berminat mesti selalu take note dengan iklan-iklan jawatan kosong semasa, ataupun sentiasa buka website mara. -->SINI

Tahun lepas, sebelum ika graduasi (sept 2013), Mara keluarkan iklan untuk permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) DG41 secara online. tarikh tutup 9 ogos 2013.

Selain Mara, SPP pun ika apply. Suruhanjaya Perkhidmtan Pelajaran -->SINI . tapi bergantung pada rezeki. kalau dapat Mara, alhamdulillah. kalau dapat SPP untuk mengajar sekolah kementerian pun, alhamdulillah. tengok pada rezeki mana yang datang dulu.

so sementara menunggu panggilan interview SPP atau Mara, sangat-sangat digalakkan untuk memohon sebagai guru sambilan tak kira di mana-mana sekolah sekali pun. cubalah untuk rebut peluang sebagai guru sambilan/ ganti. ada beberapa cara untuk apply sebagai guru ganti/sambilan :

1. hantarlah resume, sijil-sijil yang berkaitan serta surat permohonan ke setiap MRSM (beberapa mrsm pilihan) take risk jugak. gamble. MRSM tersebut akan contact jika ada kekosongan/ sebagai guru ganti. kalau terdapat iklan jawatan kosong di mana MRSM tersebut memerlukan guru sambilan opsyen yang sesuai dengan anda, lagi bagus. boleh terus apply/ contact MRSM tersebut.

2. hantar resume, sijil-sijil yang berkaitan serta surat permohonan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk apply sebagai guru ganti. PPD akan contact jika ada kekosongan sebagai guru ganti.

3. cara yang sama, hantar kepada sekolah-sekolah swasta. tapi ini ika xsarankan sangat. its depends on you untuk memilih sekolah swasta yang bagaimana =)

4. universiti anda sendiri akan reccomend sekolah-sekolah swasta yang memerlukan guru. macam ika, upsi contact ika untuk menghadiri sesi temuduga untuk menjadi tenaga pengajar di Sekolah Vokasional Asia Pacific Flight Training (APFT) di pengkalan chepa, kelantan. yang bakal dibuka. ini kisah pengalaman lain. *will be shared, insyaAllah*

note : diingatkan, jika anda pelajar tajaan KPM, bermakna anda terikat dengan KPM dan harus menunggu panggilan SPP sahaja.

Alhamdulillah, walaupun interview Mara yang rasmi tu belum dipanggil lagi, tapi ika berjaya mendapat guru sambilan Fizik di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka. 1 Oktober 2013 sehingga 15 November 2013. cari pengalaman.

selepas tu, kena sentiasa buka website mara, perlu alert dengan pengumuman dan iklan-iklan yang dikeluarkan. hampir setiap hari check bila keputusan panggilan temuduga mara akan keluar. dalam masa yang sama, website SPP pun buka -->SINI check nama dah ada ke belum untuk dipanggil temuduga SPP. 


TEMUDUGA GURU MARA

alhamdulillah, berjaya untuk menghadiri temuduga Mara sebagai PPPS DG41. 

Tempat :  ILKM Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Tarikh : 7 December 2013
Masa : 7 pagi
Subjek : Science Physics.

PERSIAPAN

ya allah, jauhnya.. dari kelantan menuju seberang perai selatan. walaupun berat, tapi bersyukur kerana terpilih untuk menjalani temuduga. ini beberapa tips untuk persiapan awal :

- baca teliti dan fahami bagaiman prosedur interview. 
- buat senarai dokumen apa yang perlu, untuk fotostat, pengesahan dan sebagainya
- print out borang-borang yang diperlukan. 
- isi borang dan susun dengan kemas.
- pastikan segala dokumen yang diperlukan disediakan. 
- bersedialah dengan lebih awal. supaya sentiasa boleh semak dari masa ke semasa.


INTERVIEW

prosedur interview untuk pengambilan pegawai perhkidmatan pendidikan siswazah / guru mara ni sentiasa berubah setiap tahun. macam tahun 2013, calon mestilah menjalai 4 peringkat. iaitu penulisan esei, ujian psikometrik, termuduga berkumpulan, dan microteaching.

1. PENULISAN ESEI
esei perlu ditulis dalam bahasa inggeris, 200-250 patah perkataan. tiada had masa. soalannya apakah kelebihan kita yang membolehkan Mara terima kita bekerja dan apakah/ bagaimanakah sumbangan yang dapat kita berikan kepada mara dalam memajukan sektor pendidikan MARA. di sini ika kongsikan beberapa tips :

- banyakkan pembacaan mengenai info/maklumat MARA. terutamanya sektor pendidikan mara.
- setiap penulisan esei itu dinilai dari segi kreativiti dan info. jangan mengarang macam mencerita/ meleret-leret. lebih kepada bagaimana sumbangan anda dan ayat-ayat yang dapat mengkagumi si pembaca. 
- jika anda dapat kaitkan sumbangan dengan opsyen bagi subjek anda, contoh : jika anda menjadi guru fizik, dan bagaimana subjek fizik tu dapat mengembangkan pendidikan mara, itu lebih bagus.
- jangan lupa selitkan ayat-ayat yang memuji MARA. 
- intro -content- closure


     WHAT CAN U CONTRIBUTE TO MARA?

      ini contoh intro esei ika : 
     The stated mission of Education & Training Department of MARA, is to ‘produce Bumiputra students of potential in science and technology’.  Since I am going to be a teacher, and my focus is on education, I really hope that I can be a part of this organisation.

     **content**

     ini contoh closure :
     ..... Make MARA proud, and be stand strong in the eyes of the world. Who knows?
     Therefore I think, this could be one the ways, how can I contribute to MARA.


2. UJIAN PSIKOMETRIK
ujian psikometrik ini adalah ujian berkomputer, macam ujian medsi untuk masuk upsi. lebih kepada profesional perguruan, sistem pendidikan/pentadbiran di sekolah/ pengurusan bilik darjah. ada pengiraan BMI, sedikit soalan matematik, sedikit soalan peribadi. semuanya 73 soalan. just klik/objektif, tidak perlu mengarang/bukan subjektif. tiada had masa. selesai ujian, terus keluar skor. i scored 38/73. phew, cuak jugak. >_<

3. TEMUDUGA BERKUMPULAN
ada 3 orang panel. masuk berkumpulan iaitu seramai 4 orang setiap kumpulan. soalan pertama perkenalkan diri, kemudian sedikit mengenai mara, seterusnya mengenai pendidikan. terpulang pada panel untuk bertanya dalam bahasa inggeris atau melayu. ia juga bergantung kepada subjek yang anda terima. walaupun berkumpulan, tapi perlu jawab seorang demi seorang. setiap calon mesti memberi pendapat. ini beberapa tips:

- pastikan pakaian anda kemas, mengikut profesion perguruan. pakai kasut bertutup. name tag wajib pakai. blazer terpulang pada diri samada nak pakai atau tidak. yang penting anda bersedia untuk ditemuduga!
- jika anda pernah menjadi guru sambilan di mana-mana MRSM, bawa sekali surat sokongan daripada pengetua, yang mengatakan anda pernah mengajar di mrsm tersebut. ini penting, sebagai sokongan.
- senyum, tenang dan tunjukkan muka ceria dan minat anda. 
- jika panel ajukan soalan dalam bahasa inggeris, jawablah dalam bahasa inggeris. jika panel ajukan soalan dalam bahasa melayu, jawablah dalam bahasa melayu
- jangan kaku, lakukannya seperti dalam sebuah kumpulan perbincangan, dimana anda lontarkan idea, berkongsi pendapat dan menyokong pendapat kawan.  
- jangan gementar, banyakkan berzikir. panel juga manusia, dan mereka juga sebenarnya ingin tahu bagaimana kita mengolah pendapat kita. 
- yang penting, perlu study/ baca dan buat revision tentang isu-isu mara dan pendidikan. perlu bersedia mental dan fizikal.

4. MICROTEACHING
stage ni yang paling seronok. jika anda sememangnya graduan pendidikan. sudah tentu sudah biasa buat mikroteaching kan. tapi, gementar tetap ada. pilih mana-mana topik yang kita rasa mudah untuk kita mengajar. pemilihan tajuk ni perlu dibuat sejurus dapat tahu diterima untuk menjalani temuduga. sedikan rph, dan bahan bantu mengajar yang simple, tapi menarik. macam ika, ika pilih tajuk Bernoulli's Principle. ini beberapa tips :

- jangan pilih subtopik yang terlalu rumit untuk diajar.
- sediakan rph yang mencukupi untuk panel. 
- rph mestilah bertaip dan bercetak.
- rph kemas, sistematik dan terancang.
- walaupun masa diperuntukkan hanya 10-15 minit, tapi sediakan rph penuh untuk satu sesi pengajaran.
- mesti ada bahan bantu mengajar. 
- bahan bantu mengajar mestilah simple tapi menarik.
- p&p tidak menggunakan elektronik seperti lcd atau laptop. tunjukkan kreativiti dan kemahiran mengajar anda.
- perlu praktis mengajar di depan cermin/ rekodkan video. ulang-ulang sehinggalah anda rasa berpuas hati dengan cara anda mengajar dan benar-benar bersedia.

alhamdulillah.. selesai..!

KEPUTUSAN GURU MARA

sekali lagi perlu alert dengan website mara, tunggu mara keluarkan notis semakan guru mara samada kita berjaya dalam temuduga atau tidak. tiap-tiap hari cek -->SINI. alhamdulillah, setelah 2 bulan lebih menunggu.. (temuduga awal bulan 12, keputusan akhir bulan 2)


MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka.
jauhnya.. ='( sekali lagi dari kelantan ke melaka..
tapi apa2 pun, kena bersyukur..

Sesi A :
4 hingga 7 Mac 2014 perlu menghadiri program di PUSAT KEPIMPINAN PELAJAR (PUSKEP), MRSM Lenggong, Perak.                 

Sesi B 
kemudian 7 hingga 11 Mac 2014 di Ibu Pejabat MARA, Bangunan Medan MARA, Kuala Lumpur

13 Mac 2014 : Lapor diri.

so, disebabkan temuduga SPP dijalankan secara berperingkat dan masih lagi belum dipanggil, manakala temuduga MARA telah pun berjaya, ika memilih untuk berkhidmat dengan MARA.

ya allah, tabahkanlah hatiku,
kuatkanlah semangatku,
permudahkan segala urusanku...

27 comments:

  1. semoga dipermudahkan insha ALLAH... selamat bertugas wahai pendidik! ^_^

    ReplyDelete
  2. tahniah cikgu ika..satu keputusan yang bijak

    ReplyDelete
  3. hai....boleh sy tanya mcm mn tawaran guru mara?dari segi gaji dan ada elaun x? secara kontrak.... kalau dpt posting kpm mcm mn nak putus kontrak tu??

    ReplyDelete
  4. Tahniah cikgu...selamat berkhidmat sebagai pendidik

    ReplyDelete
  5. semoga berjaya akak. may Allah bless you :)

    ReplyDelete
  6. http://kasutkaca15.blogspot.com/2014/04/giveaway-saya-nak-skirt-free-itu.html

    JOM JOIN GIVEAWAY SAYA

    ReplyDelete
  7. Saya nak tanya kalau saya baru lepas graduate dari UiA Gombak kelulusan Ijazah Kewangan boleh ke minta jadi guru tetap?
    Sebab saya bukan ambil jurusan Pendidikan...tapi sekarang saya dah banyak jadi guru ganti kat beberapa sekolah..

    ReplyDelete
  8. hebat dpt masuk TGB

    ReplyDelete
  9. woww..chumill!!

    ReplyDelete
  10. Kak ika sya nk tnya mmg dari degree kaa mbik course fizik..klu cam sya nie ambik course akaun apply tuk sub yg kita study skang kn...mohon pencerahan!!!kaa pihak mara yg decide tuk jd cg utk sub lain

    ReplyDelete
  11. selamat menjadi ahli tgb. saya student :D

    ReplyDelete
  12. Salam..sye nk.tnye...sye.dah dilantik.PPPS...Skrg keje kt sabah..nk tkr angin ke mrsm...boleh ke.sye apply walaupun dah dipostingkan

    ReplyDelete
  13. Salam singgah, tanggungjawab bermula.. tahniah!
    terjah sini: http://studioous.blogspot.com/2015/01/sponsor-1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt.html , Nak join pun boleh...

    ReplyDelete
  14. Sy dpt 35/77 interview 17 jan 15 no esei kali ini... huhuhu hope dpt sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok dah tu.. so mcm mna.. dpt posting kt mna..? =)

      Delete
  15. Salam setelah terima tawaran menjadi guru mrsm ni... Ade x perbezaan antara guru kpm dan guru mrsm.... Hope dpt share sedikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. susah juga utk membuat perbandingan sb sy tidah pernah posting kementerian secara rasmi. sblm ni praktikal kt skolah kpm pn 4 bulan je. tp apa yg ketara adalah, cara bekerja ! =) kerja kt sni berkejar-kejar tp menjadi satu kepuasan apabila stdents n skolah kita berjaya.

      Delete
  16. Jawatan Kosong Sambilan (RM3200) Guru Tuisyen SPM / PT3 / UPSR / English Kelas Dewasa
    - Cara memohon: Isi borang permohonan di >> http://1hometuisyen.blogspot.com/p/kadar-bayaran-tuisyen-di-rumah.htmla


    1HomeTuisyen menawarkan Jawatan Kosong Sambilan atau Part Time sebagai Guru Home Tuisyen untuk mengajar subjek-subjek UPSR / PT3 / SPM / STPM / Bahasa Inggeris Kelas Dewasa di sekitar -

    1. Kelantan - Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat,...
    2. Selangor - Puchong, S.Alam, Gombak, Sepang,...
    3. Terenganu - Besut, Dungun, Kemaman, Marang,,...
    4. N.Sembilan - Nilai,Tampin, Seremban, Tampin,...
    5. Penang - Bayan Lepas, Butterworth,...
    6. Pahang - Kuantan, Raub, Rompin, Temerloh,...
    7. Sarawak - Kuching, Sibu,Bintulu, Miri,...
    8. Perak - Taiping,Ipoh,Kerian, Kampar,...
    9. Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
    10. Kedah - Baling, Kodiang, Sintok, Yan,...
    11. Johor - Segamat, Muar, Mersing, Kluang,...
    12. Perlis - Kangar,Arau,Padang Besar,...
    13. Sabah - Kudat, Sandakan, Tawau,...

    Cara memohon: Isi borang permohonan di >> http://1hometuisyen.blogspot.com/p/kadar-bayaran-tuisyen-di-rumah.html


    *****Share INFO ini di Wall Facebook Anda !

    ReplyDelete
  17. salam.saya nak tanya masa dapat jd guru MARA kontrak berpa tahun...dan bagaiman dengan SPP

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum kak ika.. saya nak tanya, akak mengajar fizik semasa interview MAC hari tu in english atau malay? thank you in advance kak :)

    ReplyDelete
  19. cikgu. sy nk tanya. lps hbs kontrak mrsn serap tetap x. kt borang tu berapa awk mintak expected salary. sbb saya ada iview bln 5 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dipanggil iv ke yang permohonan April 2016 hari tu?

      Delete
    2. SALAM.. iye, lepas kontrak akan dapat tetap setelah menerima diploma pendidikan. gaji bergantung pada gred gaji. dc41 atau dg41

      Delete
  20. Adakah elaun di mara lebih banyak daripada sekolah menengah biasa?

    ReplyDelete
  21. Adakah elaun di mara lebih banyak daripada sekolah menengah biasa?

    ReplyDelete
  22. nak apply juga boleh bagi link atau borang online kat mane?tp saya bukan pendidikan...

    ReplyDelete


My photo

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Fizik . mixblood daughter of Rohaya & Abdullah . part time blogger . full time muslimah . 
:: enjoy reading & literature :: art & design :: travel & bussiness ::