Sunday, 15 December 2019

Cinta TeragungšŸŒ·

Cinta Teragung
Karya : Kartika Abdullah

Kaki ini bertapak 
Menyembah tanah bumi
Di setiap sela nafasku 
Menghirup bau alam
Merasa bayu lembut 
Halus, mengusap wajah

Sinar mentari menyinari pagi
Didendang dengan siulan burung
Menyanyi gembira 
Menyahut riang
Seakan mengerti menanti
Menunggu kehadiranmu 

Hati ini dipujuk dan ditatang
Dengan bibit bibit tangismu
Walau perit nyawa diperang
Walau sakit badai dijulang
Lahirlah cinta yang tak terungkap
Yang halus, suci nan kalbu

Tiada ucapan lidah berkata
Melihat matamu yang jernih
Mengucup pipimu yang mulus
Terasa syahdunya nikmat ini
Agungnya ciptaan illahi
Kurniaan terindah 
Dari insan terpilih
Untuk insan terpilih

Dialah bunga ibarat mekar setaman
Dialah cahaya ibarat sinar alam
Dialah mutiara seluas lautan
Dialah permata di pasiran pantai
Dialah gunung menjangkau awan
Dialah langit mencengkam bintang

Wahai anak,
Engkaulah kekasih
yang mengalunkan cinta.
Cinta yang kekal berpaut
Tanpa sebarang ragu.


 šŸŒ·Puisi ini ku coretkan khas untukmu, 
Aisy Affan & Ardany Affan šŸŒ·

0 0 comment/s here..:

Post a comment

Popular Posts