Wednesday, 29 January 2014

BRIM 3.0

CARA MEMOHON SECARA ONLINE

kepada sesiapa yang belum memohon, boleh la segera memohon sebelum terlambat. tarikh akhir permohonan adalah pada 31 januari 2014 -->  https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BR1M 2014:

(i)       Warganegara Malaysia.
(ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
(iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
(iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

PERHATIAN :  Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014.
     
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

penerimaan BRIM 3.0 boleh disemak mulai februari 2014.



*UPDATE !

1) CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0 : Cara pos. Dengan cara pos, penerima akan mendapat surat dari pejabat pos yang berkandungkan status permohonan sama ada lulus atau pun gagal. Jika lulus, penerima akan diberitahu tempat dimana penerima akan menebus baucer tersebut. 


2) CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0 : Cara call. Cara ini anda boleh terus menghubungi pejabat Lembaga hasil dalam negeri LHDN di hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716. Talian ini dijangka akan dibuka awal januari 2014 dan hanya beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari isnin hingga jumaat. 



3) CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0 : Cara email. Anda hanya perlu menghantar email ke br1m2@treasury.gov.my. Untuk bertanya melalui email, sila pastikan anda memberikan identiti penuh anda bagi memudahkan pihak berkenaan menyemak status permohonan BR1M 3.0 anda. 

Semoga maklumat ini dapat membantu anda =)

2 comments:

  1. eh camne nk dptkan id & kata laluan tu yer? x sabar nk semak status... hihii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. deqla.. setahu ika, id dan kata laluan tu hanya untuk agensi berdaftar sahaja..
      disarankan untuk semak status permohonan melalui talian ataupun email.. =)

      Delete