Saturday, 29 February 2020

Diari Guru

Alhamdulillah. Saya rasa perasaan ini adalah perasaan yang selalu dirasai oleh semua yang bergelar guru. Ada waktu kita rasa stress bila mengajar, sebab dalam satu kelas bukan semuanya perform. Ada yang sangat bagus, ada yang sederhana, dan ada juga yang agak kurang bagus. 

Tapi kena ingat, yang tak bagus tu bukan tak bagus selamanya. Mungkin awak belum jumpa apa yang boleh mendorong awak untuk capai apa yang seharusnya dicapai. Pendek kata, ia seolah olah suis yang berada dalam gelap. Bukan tak nak buka lampu, dan bukanlah nak duduk dalam kegelapan, cuma tak jumpa dimana suis untuk dipetik. Dan ini berkait dengan apa yang ingin saya coretkan kali ini.

Hari ni didatangi beberapa bekas pelajar. Biasalah, mereka akan datang untuk mengambil sijil SPM. Tak pun, datang melawat cikgu-cikgu. Terima kasih sebab sentiasa mengingati cikgu-cikgu yabg pernah mengajar mereka. 

Tapi kali ini agak berbeza. Apa yang membuatkan saya terlintas untuk berkongsi disini, kehadiran beberapa orang bekas anak didik saya pada hari ni membuatkan saya terkejut dan rasa gembira.

Macam biasa, cikgu tanya study kat mana sekarang, ambil kos apa, dan sebagainya. Tapi salah seorang pelajar ni yang memang dulunya susahnya alahai nak skor fizik, sekadar lulus cukup-cukup makan aje. Tapi bila di tanya belajar di mana sekarang, Alhamdulillah, terkejut juga cikgu. Bila ditanya berapa pointer setakat ni, pun Alhamdulillah! Hebat. Above 3.6 ! Setelah mengajukan beberapa soalan, terngiang ngiang situasi kenangan semasa mengajar mereka dulu. Nak fahamkan sesuatu konsep, nampak macam mudah, pelajar 'rasa' macam faham. Tapi bila exam, susahnya nak apply apa yang telah diajar. 

Tapi cikgu tak salahkan pelajar. Sebab cikgu tahu dan faham, setiap pelajar adalah tidak sama. Kemenjadian yang berbeza. Kemampuan yang berbeza. Dan pelajar itu sendiri tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mampu atau tidak untuk meneroka sesuatu ilmu. Jika mampu sekalipun, berapa peratuskah yang mampu diterima? 

Saya seringkali menasihati pelajar, di dalam kelas/makmal, cikgu mengutamakan sahsiah dan disiplin. Berusaha dan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Jika ditakdirkan rezeki kamu, InsyaAllah berjaya. Tapi dengan syarat, kena ada usaha, ikhtiar, dan doa! Jika sahsiah baik, insyaAllah akademik baik. Jika Akademik baik, belum tentu sahsiah baik. Utamakan sahsiah, termasuklah menghormati cikgu, hubungan baik dengan mak ayah, hubungan dengan rakan rakan, dan jaga hubungan dengan pencipta (itu semestinya).

Kita tak tahu bila kita akan memperoleh rezeki (kejayaan). Berusahalah dari sekarang, kalau kejayaan itu tidak diperoleh sekarang, mungkin nanti. Kalau tidak cemerlang di zaman persekolahan, mungkin cemerlang di peringkat universiti. Tapi kena ada usaha yang berterusan. 

Buat anak anak didik cikgu yang telah melanjutkan pelajaran ke mana mana, Tahniah cikgu ucapkan. Anda telah mendapat 'kunci' untuk membuka pintu kejayaan. Tapi ingat, baru kunci! Belum sampai lagi ke destinasinya.


Coretan,
Cg Kartika
Jumaat, 28 Feb 2020 

0 0 comment/s here..:

Post a comment

Popular Posts