Salam & Hi semua.
Semenjak pdrp dilaksanakan, ramai guru-guru mencari
peranti yang terbaik untuk digunakan bagi meneruskan sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Saya mula menggunakan Microsoft Surface Go 2 pada
akhir tahun 2019. Apa yang boleh saya katakan, agak berbaloi dan saya berpuas
hati dengannya. Sebelum ini Microsoft ada mengeluarkan Surface Go, namun dengan
adanya Surface Go 2 terdapat banyak kelebihan dan features tambahan berbanding
yang sebelum ini. Saya kongsikan sedikit sebanyak info apabila disoal tentang
Microsoft Surface Go 2 :
1. Surface Go 2 ni tablet ke laptop?
Microsoft surface Go 2 ni adalah 2 in 1. Ia boleh dijadikan laptop untuk buat pelbagai kerja seperti kita menggunakan pc atau laptop biasa, dan pada masa yang sama boleh dijadikan tablet. Boleh detach keypad/ type cover dan ia didatangi dengan stylus pen. So bagi seorang guru seperti saya, penggunaan pen ni sangat memudahkan sama ada untuk menulis, melukis rajah, menanda jawapan pelajar mahupun sewaktu mengajar secara online! Boleh conteng-conteng slide macam tulis di whiteboard!
2. Apa beza Surface Go 2 ni dengan notebook?
Surface Go 2 ni lebih laju berbanding sesetengah
notebook yang sama saiz dengannya. Ia menggunakan processor yang terbaru, RAM
sekurang-kurangnya 4GB, dilengkapi SSD storage dimana 200 kali lebih laju
daripada hard disk (Anda boleh buat research di internet, ada 3 jenis
variants). Bagi saya penggunaannya juga sangat friendly. On je terus loading to
login skrin. Dalam masa 2-3 saat sahaja. Sangat friendly. Kalau nak
dibandingkan dengan notebook, ada beberapa perbezaan dari segi features dan
penggunaannya.
3. Saiz besar mana dan ringan tak?
Display screen sizenya 10” 1800 x 1200 (220 PPI). Boleh tengok details produk di website
Microsoft. lanya agak ringan. Jika
termasuk type cover pun still tak sampai 1kg. Lagi satu,
cikgu perempuan lebih gemar surface go 2 ni, sebab saiznya yang comel, mudah di
bawa dan boleh dimasukkan dalam handbag! Namun jika anda tidak gemar pada skrin yang kecil, boleh consider peranti yang lain.
4. Ni Brand apa? Acer ke Lenovo ke Asus?
Surface ni band Microsoft sendiri. Anda mesti biasa
dengan Microsoft kan? Software yang kita biasa guna seperti Words, Powerpoint, Excel
termasuklah windows atau windows 10 yang kita pakai tu. Dan yang lagi best,
jika anda purchase Microsoft 360, banyak lagi apps yang kita boleh guna seperti
Onenote, Teams, Sway dan banyak lagi.
5. Ada pen sekali ke?
Ada. Stylus pen. Ianya boleh digunakan sebagai mouse,
touch screen, dan pen pada skrin. Stylus ni built in sensitif pada
pressure. So jika menulis atau melukis di skrin, ia memberikan tulisan atau
gambar yang jelas seperti kita menggunakan pen/pensil pada kertas.
6. Okay ke melukis kalau nak dibandingkan dengan
Wacom/Huion drawing tablet?
Kalau nak dibandingkan dengan Wacom yang ada di pasaran tu, memang sangat berbeza sebab kita bukan menulis direct atas tablet. Ini pengalaman saya sendiri setrelah pernah menggunakan Wacom. Sekarang masih ada dan simpan aja. Haha. Tetapi kalau Wacom/Huion yang harga 3k -11k tu, boleh dikira setaraf la, dan ia banyak digunakan oleh digital artis.
7. Tahan lasak ke?
Biasanya surface ni dijual bersama cover dan tempered skrin. Pengalaman saya menggunakan Surface Go 2 setakat ini, kalau terjatuh atau anak terpijak tu so far okay. Tiada masalah. Tapi jangan sengaja pijak pulak!
8. Boleh digunakan untuk kerja-kerja berat?
Device atau peranti ni depend pada pekerjaan atau penggunaan user. Kalau saya, dengan kerja-kerja sebagai guru tu sangat memudahkan dan tiada masalah. Sekali sekala kalau guna photoshop atau video editing pun okay. Tapi jika anda seorang artist, designer, or engineer yang memerlukan 3d modelling atau video composing, boleh consider untuk beli device yang lebih sesuai.
9. Apa beza Surface Go dengan Surface Pro
Konsepnya lebih kurang sama dengan Ipad mini dengan Ipad pro. Dari segi processor lagi laju, ram lagi laju, skrin lagi besar. Surface go 2 ni lebih kecil dari A4 dan lebih besar dari B5. Microsoft mengeluarkan pelbagai jenis device, bukan hanya Surface Go 2 sahaja, dan setiap satu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri
10. Boleh connect dengan lcd projector?
Of course boleh. Ia boleh connect dengan lcd menggunakan cable vga atau hdmi spt biasa, namun perlu beli converter ataupun boleh connect secara wireless, screenbeam atau miracast.
Setiap
peranti mempunyai keistimewaan tersendiri. Ia bergantung kepada anda sebagai
user, bagaimana anda ingin menggunakannya!
Bagi
cikgu, surface Go 2 sangat berbaloi.
![]() |
| Tablet Mood |
![]() |
| Pandangan sisi |
![]() |
| Pandangan atas |
![]() |
| Pandangan depan |
![]() |
| Pandangan belakang |
apa pandang-pandang? hihi










