Saturday, 19 January 2019

Aktiviti Rekreasi di Taman Tasik Ayer Keroh

Aktiviti Rekreasi ini merupakan aktiviti latihan fizikal, yang melibatkan 20 orang pelajar Kelab Rekreasi Mrsm Tun Ghafar Baba. Aktiviti ini merupakan program terakhir bagi mereka, selama satu tahun lebih menjadi ahli kelab Rekreasi 2018/2019. Program ini juga merupakan aktiviti penutup kelab ini sebelum mereka fokus sepenuhnya terhadap spm 2019. 

Di Taman Tasik Ayer Keroh ni terdapat pelbagai aktiviti fizikal. Setiap aktiviti dikenakan bayaran yang memang berpatutan. Lokasi taman ini terletak lebih kurang 5 minit dari Mydin Ayer Keroh, dan berhampiran dengan Zoo Melaka. Kedudukan yang strategik ini sesuai untuk beriadah bagi seisi keluarga. 

Untuk program kelab kali ini, para pelajar diberi tiga latihan fizikal, iaitu 
1. Kemahiran Berkayak
2. Rock Climbing
3. Flying Fox

Sebelum join aktiviti, pelajar diberi taklimat keselamatan oleh intsructor yang bertugas. Banyak kemahiran yang dapat dipelajari. Pelajar sangat enjoy, dalam masa yang sama dapat memupuk semangat kerjasama, semangat berpasukan, semangat bersukan dan memupuk nilai cintakan alam. Yelah, sekali sekala kita keluar dari kepompong asrama dan sekolah dan melihat dunia luar. Cikgu pun dapat release tension.
Para peserta diberi taklimat keselamatan oleh instructor yang bertugas
Peserta tekun mendengar taklimat keselamatan sebelum memulakan aktiviti fizikal
Peserta lelaki bersiap sedia memakai jaket keselamatan sebelum berkayak
Peserta perempuan bersiap sedia memakai jaket keselamatan sebelum berkayak
Peserta dibantu oleh instructor untuk memulakan aktiviti berkayak

KOMUNIKASI SEMASA BERKAYAK

Ilmu baru yang dapat hari ini : Berkayak memerlukan komunikasi. Komunikasi diantara orang depan dan orang di belakang. Dari komunikasi itulah wujudnya kerjasama antara pasukan, di mana arahan dapat disampaikan dan mencapai kata sepakat untuk menentukan hala tuju. 

Apa yang berlaku jika tiada hubungan yang baik antara orang di depan dan di belakang? Kapal kayak yang dikemudi bukan bergerak ke depan, tapi bergerak berpusing ke kiri dan ke kanan, dan tiada hala tuju. 

So kalau ada kawan-kawan atau siapa yang tak bercakap bertegur. Letak mereka dalam satu sampan. Selagi tak bercakap, tak bergerak la smpan  mereka.😎 

Students kelas fizik cikgu ada tak yang tak ngam dengan kawan sekelas? Meh cikgu letak korang dalam satu sampan. Kita tengok macam mana 😉


Thanks my students. You've coloured mylife.... 

4 comments:

  1. Wahhhhhhh 😍😍😍. Thankyou too teacher ❤️💋

    ReplyDelete
  2. hai cikgu. bolehkah saya bertanya. di MRSM, subjek fizik dalam BM atau BI yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai and salam. di mrsm kami masih mengekalkan subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris :)

      Delete

Popular Posts