
salam buat semua.. sebenarnya dah lama nk pos entry tentang tajuk ni, tapi mungkin masa tidak mengizinkan. jadi hari ini insyaAllah dapat publish, kot. =)
Ambil gambar makanan sebelum makan.? tajuk pun agak straight forward. akhir-akhir ni ramai yang obses dengan hobi mengambil gambar makanan dan berkongsi di laman-laman sosial seperti facebook, twitter dan instagram. seolah-olah menjadi suatu trend yang popular.
Selalunya berlaku di kedai makan atau mana-mana restoran. Bila sampai je order, masing-masing segera keluarkan kamera/hp dan snap gambar makanan, kemudian baru makan. Itu pun kalau rasa gambar makanan yang diambil tu ok, kalau tidak repeat amek gambar sampai la nampak puas hati. hihihi kadang-kadang rasa kelakar juga.
![]() |
credit to : google image |
Petanda Orang Sakit Mental
Kemudian upload gambar makanan tu di laman sosial. share dekat kawan2. pernah juga terbaca tentang 'kegilaan memuat naik gambar makanan ke dalam laman sosial, internet : adalah petanda orang sakit mental'. haha, kena tak pada diri sendiri? menurut pakar, budaya mengambil gambar makanan sebelum dimuat naik ke dalam laman sosial adalah disebabkan gangguan mental. Tindakan sebegitu boleh mengganggu ketenteraman pelanggan-pelanggan yang lain. Mereka yang terlibat dalam budaya sebegini lebih ghairah untuk melihat rupa bentuk yang menarik, daripada menikmati rasa masakan itu sendiri. Dan budaya memuat naik gambar tersebut di internet dijadikan sebuah hobi untuk berkongsi dengan orang ramai tentang apa yang dimakannya, dimana dan sebagainya.
tapi pada pendapat ika,
budaya sebegini tidaklah menjurus ke arah yang membimbangkan selagi tidak bertentangan dengan agama. ia merupakan salah satu trend baru pada masa kini yang kita sedia maklum zaman sekarang memang macam-macam budaya baru yang timbul. rasanya ambil gambar makanan ni dah lama kot sejak wujudnya penggunaan kamera dan telefon-telefon canggih. Tetapi apabila sering dimuat naik dan dikongsi di laman sosial, ia menjadi satu trend yang menjadi-jadi kerana semakin ramai di antara kita melakukan perkara yang sama. Padahal, banyak lagi budaya atau trend masa kini yang perlu dibimbangkan. contohnya style ambil gambar dengan muka duckface contohnya, itu lagi petanda sakit mental rasanya.. lebih baik tenung gambar makanan yang cantik2 daripada duk tengok gambar kawan kita share muka-muka duckface tu =)
tak baik menunjuk-nunjuk..
betul ke niat orang tu nak menunjuk-nunjuk? sensitif dan abstrak. kita tidak boleh menilai seseorang berdasarkan luaran, atau apa yang kita nampak. Jika minat mengambil gambar makanan, jadikan sebagai koleksi dan hobi yang menarik. berkongsi di laman-laman sosial dengan niat untuk berkongsi dengan rakan-rakan tentang jenis-jenis makanan, seni kulinari itu sendiri, style penyediaan makanan yang kreatif dan menarik. orang tengok pun rasa gembira. sensasi elemen-elemen yang cantik, boleh mengembirakan dan menenangkan hati manusia. tak salah kan? orang yang suka mengambil gambar makanan ni sebenarnya memiliki jiwa seni, yang tahu menghargai segala benda yang cantik, istimewa dan unik. mungkin dengan bertindak sebegitu, ia mendatangkan kepuasan dan boleh menimbulkan rasa gembira, ceria, dan lupa akan masalah. - release tension.
Niat nak menunjuk-nunjuk itu terpulang kepada diri sendiri dan kita berhak mentafsirnya. Senang cerita, be positive and smile. =) Jangan menyampah dengan orang yang suka hobi sebegini.. Kalau anda terserempak dengan orang yang sebegini di mana-mana kedai makan, abaikan dan makanlah makanan anda tanpa melihat ke arahnya. Jika anda rasa menyampah apabila kawan anda upload gambar makanan di laman sosial, itu bermakna anda bukanlah seorang yang berjiwa seni atau orang yang tidak tahu menghargai nilai seni. Terimalah hakikat bahawa anda bukan jenis yang tahu menilai seni.
even me, myself do the same thing, sometimes .
not only at restaurant, but at home too !
well, everybody deserve the best way to enjoy themselves. right?
spaghetti carbonara_ at Hitz Cafe, Tg Malim. kedai ni baru je buka masa sem akhir ika kt upsi. So sempat jugak try makan kat sini sebelum meninggalkan Tg Malim. =) |
![]() |
_at Dusun Bay, Tg Malim. gambar ni diambil masa berbuka puasa tahun lepas. =) |
preparing food is an art. not all people could appreciate that.
all people can eat, but not all people can cook.
that's my minion's opinion ! haha
![]() |
image : google |
wassalam. see you next post. insyaAllah
barakallah to everyone. smile =)
saya jarang nak upload gambar makan ni. kejap lagi ada la yang minta belanja. hahaha
ReplyDeleteoh yeke.. hehe.. sekali sekala belanja ok ape. kalau banyak kali tu.. err haha
Deletebalas kunjungan cni..:)
ReplyDeletehttp://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/08/menangi-rm25000.html
thx dear.. =)
Deletebila da nengok gambar2 makanan,otomatik jadi ngidam,heee...
ReplyDeletengidam ea.. ika kalau xdapat makan pun xpe.. tengok gambar ambil feel.. hihi =)
Deletemmg terkena diri sendiri..saya suka gile upload makanan. tambah2 yang macam exclusive sikit..hehehe
ReplyDeletehaa betul. suka suka kan..=) xjadi masalah.. terpulang pada diri sendiri..
Deletetrend sekarang kan...hihihi...btw nice blog
ReplyDeletethanks ! =) but its just a simple blog.. huhu
DeleteSuka makan western food ke?
ReplyDeletetidak juga.. asalkan sedap dan nampak mnarik.. mahu juga mencuba =)
Deleteoops yuyu pon suka ambik gmbar mknn tp yg yuyu masak jela hihi :)
ReplyDeletewah .. kalau masak sendiri lagi best kan. deco ikut suka kita pastu amek gambar.. wat kenangan =)
Deleteina pun suka amek gmbar makann.. tapi ada lagi satu tabiat ina sebelum makn, ina akan cium makanan tu padahal ina dh thu baunya...arrr xthu nk hilgkn cmner tabiat tu..uhhhukkk
ReplyDeleteoh ina macam tu ye.. comel pulak rasa =)
Deleteperkongsian yg menarik..tapi nak ambil gmbar mkanan tu ambil la..doa mkn jgn lupe jgk ye :P
ReplyDeleteperkongsian yg menarik..tapi nak ambil gmbar mkanan tu ambil la..doa mkn jgn lupe jgk ye :P
ReplyDeleteterima kasih akmal.. betul2.. =)
Deletelain kali singgah lagi..
Sangat-sangat setuju dengan pendapat Cartieca.. :-) Nice sharing..
ReplyDeletethanks puteri... =)
Deletenice entry..good blog..im from aussie..and still can understand malay lagnguage.. -fernsen
ReplyDeletereally? by the way, thanks visit my blog ! =)
DeleteSetuju sangat...setiap org ada pendapat & cara yg tersendiri..we enjoy wht we did as long us we not hurt others..sharing is caring..:-)
ReplyDeletebetul norma.. buatlah apa sahaja yang dapat gembirakan hati.. asalkan tidak bercanggah dengan agama atau keterlaluan.. yg penting tidak memberi kesusahan pada orang lain.. =)
DeleteXbcanggah dengan agama,tp mnimbulkn pkra ditegah agama..byk buruk dr baik Ustad2 sendiri pun da rmai tgur amalan upload pic mknan tu...benda boleh timbulkn mcm2 sifat xelok....riak, menunjuk2, xboleh kna ktitik, n etc. So mmg ptutla klau dikategorikn sakit mental....kbyknnye ambik gmbr lebih2,mkn xhbs...rezeki mmbzir....pebende la pangai...sy bckp atas dsr kbykn pngai org k,bkn minoriti....
ReplyDeleteBanyak lagi perkara yang boleh buat daripada nak membuatkan orang terliur dengan apa yang kita ada... bersyukur sudahlah sampai nak post tu dah kenapa... Nabi pesan kalau taknak bagi jangan tunjuk kat orang
ReplyDeletesaya snap juga gambar makanan..sebab nk cerita dalam blog jer.
ReplyDelete