Sunday, 22 December 2019

๐ŸŒทMajlis Aqiqah & Kesyukuran Aisy Affan & Ardany Affan ๐ŸŒท

Alhamdulillah, semalam 21 December 2019 selesai Majlis Aqiqah & Kesyukuran Aisy Affan & Ardany Affan. 

Majlis aqiqah ni diadakan untuk Ardany dan kesyukuran untuk Aisy, sempena  kelahiran dia yang ke 4 tahun bersama dengan sepupunya Naufal ( 8 tahun)

Penat juga nak handle majlis ni. Sebenarnya pada mulanya kami tak rancang pun nak buat majlis ni. Tapi alang-alang cuti sekolah dan ada masa, kami start plan satu-satu sedikit demi sedikit. Hampir 3 minggu persediaan dibuat sebelum majlis berlngsung. Beli barang-barang, tempah kek, banner, baju untuk kena dengan tema ๐Ÿ˜‹ dan lain-lain. Berikut adalah senarai lengkap untuk majlis ni, simpan di sini untuk rujukan akan datang incase nak buat majlis lagi๐Ÿ˜€

๐ŸŒŸ Bilangan jemputan/sedara mara
๐ŸŒŸ Tempahan kambing aqiqah
๐ŸŒŸ Tempahan makanan catering
๐ŸŒŸ Khemah lengkap scallop / lembayung
๐ŸŒŸ Set kerusi dan meja
๐ŸŒŸ Goodies
๐ŸŒŸ Sticker goodies
๐ŸŒŸ Banner
๐ŸŒŸ Props/decorations meja kek
๐ŸŒŸ Tempahan kek 
๐ŸŒŸ Baju untuk tema

Kami memilih warna biru putih sebagai tema dan berkonsepkan 'Thomas & Friends' untuk disesuaikan dengan kanak-kanak. Aisy pun suka thomas ni. Mainan thomas pun banyak, so boleh guna untuk decorations.

Since majlis ni dibuat di kampung atok (belah suami) di Endau, saudara mara banyak membantu dari segi jemputan, deal katering dan khemah. Barang-barang lain kami sendiri angkut dari melaka ke endau. Penuh 2 kereta. Tak cukup X70, nasib baik ada Viva comel dan minta anak buah drive balik bersama. Tq Siti. #SitiPagoh #SitiIzzah 

Tq semua saudara mara yang banyak bantu menguruskan majlis ni terutama kak chik & suami yang banyak membantu dari awal persediaan majlis, carikan kambing aqiqah, katering, khemah dan lain-lain.

Tq kak @ely_ywj79 & suami yang super kreatif, deko2 sampai 2 pagi bersengkang mata, kehulu kehilir sama-sama cari idea bersama sayangku @ford7883 ๐ŸŒท๐Ÿ˜˜ Sehingga tidur pun mimpi pam belon zupp zupp. Haha. Mata pun dah warna putih biru sama dengan tema.

Oh ya, disebabkan atok pun lahir bulan 12, kami celebrate sekali birthday atok. Cunn kan. Atok pun sporting je layan anak cucu cicit dia. 

Alhamdulillah, terima kasih suami ku Suffian bin Mohamed. Semoga anak-anak kita Aisy Affan & Ardany Affan menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat.



0 0 comment/s here..:

Post a Comment

Popular Posts