Sejak 1 ramadhan hari tu cuaca panas je. Tiba-tiba berbuka maghrib tadi hujan turun lebat sangat. Alhamdulillah.. syukur. Sekurang-kurangnya tak adalah kering sangat pokok depan rumah ika ni. hihi .. sejuk je malam ni. Tapi bukan pasal hujan yang nak ika kongsi malam ni.
Setiap orang mesti ada kawan kan.
Apa yang penting dalam sesebuah hubungan? Bagi ika, kejujuran itu penting. tak kisah la jujur dalam percakapan ke atau tingkah laku. Dalam masa yang sama jaga hati dan perasaan teman. Memang jujur, tapi jujur itu ada caranya. Kita kena la fikir apa yang kita cakap tu betul ke tidak.. rasa-rasa apa yang kita bagitahu pada kawan kita tu dia tersinggung ke tidak.. and try letak diri kita ditempat dia, apa yang kita rasa. kalau nak tegur pun, tegur dengan cara berhemah supaya kawan kita rasa selesa dengan teguran kita.
contoh la kan, kawan ni tanya pendapat pasal pemakaian dia.. ok kita tengok :
si A : eh ok tak aku pakai gini ?
si B : buruk ah!. kau ni teruk betul citarasa. malu aku berkawan dengan orang macam kau. huh !
si A : eh ok tak aku pakai gini ?si B : hm aku rasa tak ok la. Try baju yang lebih sopan. mesti ok punye =)
haa.... bukan ke rasa sejuk hati si A tu.. even die tahu kawan die tu tegur yang baju die tak ok, die still dapat trima teguran tu dengan open! betul tak ??
Dengan cara betul, mungkin kawan kita dapat terima teguran tu dengan hati terbuka tanpa terasa sakit hati. Jaga perasaan ni penting. Bukan dengan makwe pakwe je nak jaga-jaga hati ke sayang-sayang ni. oke ?
Bagi ika, ika ni agak sensitif. memang.. ika akui.. Kalau boleh nak jaga setiap hati kawan-kawan, supaya kawan-kawan pun dapat jaga hati kita.. tapi kadang-kadang manusia ni pelbagai ragam. hm itu memang tak dapat dinafikan. tidak bermakna ika ni perfect.. ika pun selalu buat silap.. But we must always pray for the goodness. Kalau kita nak orang baik dengan kita, kita pun perlu la berbuat baik dulu. kan =)
Dalam apa jua hubungan sekali pun, jagalah hati dan perasaan antara satu sama lain. baru hubungan itu indah selalu.. oke ! itu saja kali ni. bubye n salam..

betul2...setuju sangat.. kak ika baik :)
ReplyDelete@azwa amani
ReplyDeleteerk..yke baik.. awin ni sje amek aty nie..^^
nice entry nie..suke :)
ReplyDeletetegur dgn penuh hikmah pasti memberi kesan..
@myhatiku
ReplyDeletebtul tu.. tgur dengan cara berhemah lebih bermakna dari teguran yg menyindir n mendesak.. ingatan untuk bersama.. ^^