Sunday, 21 August 2011

Ucapan Raya paling kreatif



Assalamualaikum..


Begitu hening subuh di pagi raya
hati sayu teringatkan rakan seraya
walau hanya berjauhan cuma
lantas hati seraya berkata
jauh jauh hanya dimata
dihati tersisip rindu bermakna. 


Berbaju indah cantik menawan
berjalan bertandang ke rumah kawan
salah silap tinggal kenangan
berjabat tangan saling bermaafan.


Kuih raya jadi santapan bonda
kemana pergi si anak dara
ketupat rendang jangan dilupa
adat kita menjamu selera
tetamu meriah sanak saudara
mengeratkan hubungan sesama keluarga.


Syawal dirai syukuri illahi
ramadhan pergi sayu dihati
keberkatan lailatul qadar harus dicari
semoga suci jiwa sejahtera harmoni.

Sempena mulianya aidilfitri
ku mohon maaf andai disakiti
bukan sengaja hakikat duniawi
nafsu syaitan kuasai diri
begitulah kita hamba madani
teguhkan ukhwah bangkit membina diri.



entri ucapan raya paling kreatif ini adalah GA hari raya yang dianjurkan oleh Adza Danial Haiqal. tarikh tutup adalah 21 Ogos (tepat 12am).kepada sahabat lain yang berminat, bolehla klik di SINI. 

5 comments:

  1. @azwa amani
    xdla awin..sambil melihat n mendengar ke sekeliling,datang idea sket2..

    ReplyDelete
  2. time kaseh sbab sudi join GA sy. tarikh tutup ditukar pd hari sama tp pukol 10 pm

    ReplyDelete
  3. http://adzahaiqal.blogspot.com/2011/08/ucapan-raya-paling-kreatif-sudahpun.html

    ReplyDelete