Saturday, 10 December 2011

10 DEC : Gerhana Bulan Penuh

Assalamualaikum wbt.

Malam ni, 10 Disember 2011, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. 
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra:         2011 Dec 10  19:31:37
Moon enters umbra:               2011 Dec 10  20:45:11
Start of totality:                      2011 Dec 10  22:05:29
 Maximum eclipse:                 2011 Dec 10  22:31:36
End of totality:                        2011 Dec 10  22:57:45
Moon leaves umbra:               2011 Dec 11  00:18:04
Moon leaves penumbra:         2011 Dec 11  01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 

jum sama-sama kita menunaikan solat sunat gerhana.
jangan lepaskan peluang kemasan ini untuk menyaksikan kekuasaan Allah s.w.t.

waiting for the eclipse. insyaAllah. pondering over Allah's great creation. :)

0 0 comment/s here..:

Post a Comment