Apa yang difikir, hanya diri yang terasa
apa yang dilihat, hanya mereka yang lihat
bukan pada fitrah, tapi pada zahir
Jika ditanya mengapa begitu
tidak harus ku jawab ertinya
sedangkan diri sendiri belum pasti jalannya
Bukan membengkak, bukan mengelak
cuma tidak mahu mengalah,
hanya mahu menegak
Bila dikata iya, tidak jawabnya
bila dikata tidak, mungkin iya jawabnya
biar keliru, biar membiru
namun benarnya, tetap ada
Biar terasa hina
biar terasa rendah
asal hati yakin dan teguh
Pendirian diri bukan calang
biar jiwa terhalang
kerna ku nampak terang
di situ cahya, di situ nyalaannya
hanya yang Satu tahu segalanya
akan ku tunggu tibanya masa.
untuk ku buktikannya.


saya doakan smoga awk brjaya n bahagia slalu...jgn pernah berhenti utk berusaha kerana dari usaha dtangnya kejayaan :)...
ReplyDeletebuktikn kebenaran nya.......
ReplyDelete