Saturday, 1 December 2012

Art and Design :: Thought and Life


salam everyone.


Art and design = seni dan rekaan. macam tidak dapat dipisahkan. Saya gemar akan sesuatu yang unik, kreatif, dan menarik, dan saya rasa semua orang gemar pada sesuatu yang menarik? Setiap benda atau perkara mesti ada sesuatu yang tersirat. Macam mana tu? Apa yang saya maksudkan, setiap ciptaan, sama ada ciptaan manusia ataupun Illahi, memiliki keunikan tersendiri dan makna yang tertentu. Sebagai contoh, kita lihat pokok bunga. cantik bukan? Dengan kehijauan warna daun, diselit bunga-bunga yang wujud dengan pelbagai warna. Jika ditenung, kita sepatutnya sedar bahawa Allah swt itu Maha Bijaksana, yang mampu menciptakan segalanya dengan begitu indah. Itulah anugarah Seni semulajadi. Secara tidak langsung mengingatkan kita kepada kebesaran Illahi. nice. Subhanallah .

Apabila memilih sesuatu perkara atau benda, kita perlu membuat keputusan yang sebaik-baiknya. itu juga merupakan seni /kreativiti gaya pemikiran = thinking behaviour. Cuba kita lihat contoh situasi ini. Di sebuah kedai, terdapat sepasang kasut perempuan yang berwarna hitam. Simple. tidak begitu menyerlah dan kurang menarik. Sekali pandang, macam kasut lelaki. Di satu sudut yang lain, terdapat sepasang lagi terdapat kasut yang berwarna pink lembut, nampak mahal dan sangat sesuai untuk perempuan yang berwatakan feminin (ini contoh sahaja. Tidak semua perempuan sukakan warna pink). 
Kemudian, datanglah seorang perempuan untuk membeli sepasang kasut. Persoalan saya, kasut mana yang perlu dipilih oleh perempuan itu untuk dipakainya bagi menghadiri sebuah majlis keramaian? Sudah tentu si dia akan memilih kasut yang seperti kasut berwarna pink tadi yang saya terangkan ciri-cirinya tadi.

Namun, tidak bermakna kasut hitam sebentar tadi tidak layak dijual dan tidak laku. Sebentar kemudian datang seorang perempuan lain dan terus membeli kasut hitam tersebut. Persoalan kita, sesuaikah? jawapannya adalah, mungkin sesuai, bagi dia seorang perempuan yang memiliki minat seperti itu. Mungkin juga dia seorang perempuan yang lasak, yang suka akan perwatakan seperti itu. 

Dalam situasi ini, cuba kita buat sediti andaian. Jika perempuan yang pertama tadi memilih untuk membeli kasut pink yang penuh dengan ciri-ciri kewanitaan, itu tidak bermakna dia sepenuhnya memiliki ciri-ciri feminin. Manakala perempuan kedua tadi memilih untuk membeli kasut hitam, tidak bermakna dia adalah seorang yang lasak dan 'jenis tak kisah'. Mungkin kasut hitam itu ingin dipakainya untuk menghadiri majlis kahwin? mungkin? siapa tahu? 

Setiap manusia memiliki seni atau gaya pemikiran tersendiri. Berkaitan dengan sifat dan sikap yang mereka miliki. dan itu juga adalah seni. Seni kreatif dalam membuat pemilihan. Malah kita tidak perlu pertikaikan. Setiap manusia memiliki nilai seni dan estetika yang tersendiri dan ada hak untuk memilih. Hormatilah keputusan dan pemilihan orang lain tanpa banyak soal. =)

Seni dan rekaan itu luas. Ia merangkumi semudah-mudah perkara sehingga yang lebih rumit. Ada yang dapat diperlihat dengan jelas, ada yang tidak dapat dilihat langsung.


Seni dan rekaan ini melambangkan jiwa kita. How we think. How we act. How we react. Bagaimana seninya jiwa dan pemikiran kita, begitulah terjemahan hasil rekaan kita. Jika otak fikiran bercelaru, diberi sesuatu kerja, segala benda tidak menjadi. Jika otak kacau = dipaksa mengeluarkan idea yang kacau --> hasilnya? kacau.. ! =)

Kalau jiwa kita tenang, gembira dan seronok. sudah tentu kita dapat menghasilkan kerja yang baik. productive. kerana apabila otak kita berada dalam kondisi yang baik, kita mampu membuahkan seni pemikiran yang bagus. hasilnya? perfect !


that's all. i write what i think i should. harap apa yang ingin disampaikan ini dapat difahami. 

see u next post. barakallah. =)

6 comments:

  1. cantik sangat,, really wish to see all the picturesque yang awesome all over the world. subhaanallah :)

    ReplyDelete
  2. ok pic bilik tu lawa sangattt

    http://myaleo.blogspot.com/2012/12/december-2012.html

    ReplyDelete
  3. cool.. nice pic!! blogwalking :)

    ReplyDelete