Alhamdulillah, semalam 21 December 2019 selesai Majlis Aqiqah & Kesyukuran Aisy Affan & Ardany Affan.
Majlis aqiqah ni diadakan untuk Ardany dan kesyukuran untuk Aisy, sempena kelahiran dia yang ke 4 tahun bersama dengan sepupunya Naufal ( 8 tahun)
Pada mulanya kami tak rancang pun nak buat majlis ni. Tapi alang-alang cuti sekolah, dan ada masa, kami start plan satu-satu sedikit demi sedikit. Hampir 3 minggu persediaan dibuat sebelum majlis berlangsung. Beli barang-barang, tempah kek, banner, baju untuk kena dengan tema π dan lain-lain. Berikut adalah senarai lengkap untuk majlis ni, simpan di sini untuk rujukan akan datang incase nak buat majlis lagiπ
π Bilangan jemputan/sedara mara
π Tempahan kambing aqiqah
π Tempahan makanan catering
π Khemah lengkap scallop
π Khemah lengkap scallop
π Set kerusi dan meja
π Goodies
π Sticker goodies
π Banner
π Props/decorations meja kek
π Tempahan kek
π Baju untuk tema
Kami memilih warna biru putih sebagai tema dan berkonsepkan 'Thomas & Friends' untuk disesuaikan dengan kanak-kanak. Aisy pun suka thomas ni. Mainan thomas pun banyak, so boleh guna untuk decorations.
Since majlis ni dibuat di kampung atok (belah suami) di Endau, saudara mara banyak membantu dari segi jemputan, deal katering dan khemah. Barang-barang lain kami sendiri angkut dari melaka ke endau. Penuh 2 kereta. Tak cukup X70, nasib baik ada Viva comel dan minta anak buah drive balik bersama. Tq Siti. #SitiPagoh #SitiIzzah
Tq semua saudara mara yang banyak bantu menguruskan majlis ni terutama kak chik & suami yang banyak membantu dari awal persediaan majlis, carikan kambing aqiqah, katering, khemah dan lain-lain.
Tq kak @ely_ywj79 & suami yang super kreatif, deko2 sampai 2 pagi bersengkang mata, kehulu kehilir sama-sama cari idea bersama sayangku @ford7883 π·π Sehingga tidur pun mimpi pam belon zupp zupp. Haha. Mata pun dah warna putih biru sama dengan tema.
Oh ya, disebabkan atok pun lahir bulan 12, kami celebrate sekali birthday atok. Cunn kan. Atok pun sporting je layan anak cucu cicit dia.
Alhamdulillah, terima kasih suami ku Suffian bin Mohamed. Semoga anak-anak kita Aisy Affan & Ardany Affan menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat.









Cantikkk!!!! Minta izin utk dpt idea drpd mjlis ika untuk birthday anak sy nanti ya.
ReplyDelete