Monday, 10 July 2017

Resipi : Siakap Stim



Salam sisters!
Kali ni ika nak share resipi siakap stim. Siakap stim ni is one of the favourite menu ika dan husband. Kalau di restoren thai, memang wajib ada masakan ni. Tapi kami tak kisah sangat kalau nak makan Siakap stim ni, lebih puas hati masak sendiri. Cuma ada masa atau tak je. Actually my mum asalnya orang thai. So kalau masakan thai ni kami selalu sangat makan di rumah. Especially kalau balik kg cuti sekolah. memang dihidangkan dengan menu yang lengkap, makan pagi makan tengahari, makan malam. supper. everything is prepared. mami ika memang suka masak, and she soo enjoy doing that. Sebab tu jangan harap nak diet kalau balik kg. Makan je. Enjoy your holiday. =)

Nak masak siakap stim sangat senang sebenarnya. Kalau ika, ika tak suka pilih ikan yang terlalu besar. Sebab kalau saiz ikan tu besar sangat, aroma stim tu kurang menyerap dalam isi ikan. Tapi depends la pada portion masakan anda. Lagi satu tips masakan thailand ni, banyakkan bawang putih. dan kurangkan bawang merah. dan sesetengah menu memang tak dimasukkan langsung bawang merah. Macam siakap stim ni, ika tak letak bawang merah. Ingredient basic adalah: bawang putih, halia dan asam limau nipis. tiga benda ni adalah ramuan utama untuk siakap stim. so ini resipinya. bolehla cuba ye=)

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap sederhana besar
5 ulas bwg putih
1 biji bwg holland
5 biji cili padi
2 inci halia
2 batang serai
3 sudu sos ikan
1 cawan jus limau nipis
gula garam secukup rasa
Sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau utk hiasan

Cara-cara :
1.   Bersihkan ikan dan kelar ikan supaya sos meresap.
2.   Perap ikan dengan sedikit jus limau nipis
3.   isi air dalam kuali/bekas pengukus.
4.   Masukkan serai yg telah dititik
5.   Masukkan ikan ke dalam pengukus
6.   Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
7.   Cincang halus bwg putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan
8.   Last skali masukkan bwg holland yg dipotong halus...
9.   Boleh tambahkan sayur-sayur lain (brokoli/baby corn/tomato)
10. Gula garam secukup rasa. Kukus sehingga ikan masak 
11. Hiaskan dengan daun ketumbar + limau/lemon + cili merah



Image may contain: food
inilah hasilnya

makan pula dengan ulam budu. memang umpp!

                                  


Selamat mencuba

4 comments: