Friday, 13 August 2021

Review Surface Go 2 : Okay tak Cikgu?

Salam & Hi semua.

Semenjak pdrp dilaksanakan, ramai guru-guru mencari peranti yang terbaik untuk digunakan bagi meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Saya mula menggunakan Microsoft Surface Go 2 pada akhir tahun 2019. Apa yang boleh saya katakan, agak berbaloi dan saya berpuas hati dengannya. Sebelum ini Microsoft ada mengeluarkan Surface Go, namun dengan adanya Surface Go 2 terdapat banyak kelebihan dan features tambahan berbanding yang sebelum ini. Saya kongsikan sedikit sebanyak info apabila disoal tentang Microsoft Surface Go 2 :

1.  Surface Go 2 ni tablet ke laptop?

Microsoft surface Go 2 ni adalah 2 in 1. Ia boleh dijadikan laptop untuk buat pelbagai kerja seperti kita menggunakan pc atau laptop biasa, dan pada masa yang sama boleh dijadikan tablet. Boleh detach keypad/ type cover dan ia didatangi dengan stylus pen. So bagi seorang guru seperti saya, penggunaan pen ni sangat memudahkan sama ada untuk menulis, melukis rajah, menanda jawapan pelajar mahupun sewaktu mengajar secara online! Boleh conteng-conteng slide macam tulis di whiteboard! 

2.  Apa beza Surface Go 2 ni dengan notebook?

Surface Go 2 ni lebih laju berbanding sesetengah notebook yang sama saiz dengannya. Ia menggunakan processor yang terbaru, RAM sekurang-kurangnya 4GB, dilengkapi SSD storage dimana 200 kali lebih laju daripada hard disk (Anda boleh buat research di internet, ada 3 jenis variants). Bagi saya penggunaannya juga sangat friendly. On je terus loading to login skrin. Dalam masa 2-3 saat sahaja. Sangat friendly. Kalau nak dibandingkan dengan notebook, ada beberapa perbezaan dari segi features dan penggunaannya.

3.  Saiz besar mana dan ringan tak?

Display screen sizenya 10” 1800 x 1200 (220 PPI). Boleh tengok details produk di website Microsoft. lanya agak ringan. Jika termasuk type cover pun still tak sampai 1kg. Lagi satu, cikgu perempuan lebih gemar surface go 2 ni, sebab saiznya yang comel, mudah di bawa dan boleh dimasukkan dalam handbag! Namun jika anda tidak gemar pada skrin yang kecil, boleh consider peranti yang lain.

4.  Ni Brand apa? Acer ke Lenovo ke Asus?

Surface ni band Microsoft sendiri. Anda mesti biasa dengan Microsoft kan? Software yang kita biasa guna seperti Words, Powerpoint, Excel termasuklah windows atau windows 10 yang kita pakai tu. Dan yang lagi best, jika anda purchase Microsoft 360, banyak lagi apps yang kita boleh guna seperti Onenote, Teams, Sway dan banyak lagi. 

5.  Ada pen sekali ke?

Ada. Stylus pen. Ianya boleh digunakan sebagai mouse, touch screen, dan pen pada skrin. Stylus ni built in sensitif pada pressure. So jika menulis atau melukis di skrin, ia memberikan tulisan atau gambar yang jelas seperti kita menggunakan pen/pensil pada kertas. 

6.  Okay ke melukis kalau nak dibandingkan dengan Wacom/Huion drawing tablet?

Kalau nak dibandingkan dengan Wacom yang ada di pasaran tu, memang sangat berbeza sebab kita bukan menulis direct atas tablet. Ini pengalaman saya sendiri setrelah pernah menggunakan Wacom. Sekarang masih ada dan simpan aja. Haha. Tetapi kalau Wacom/Huion yang harga 3k -11k tu, boleh dikira setaraf la, dan ia banyak digunakan oleh digital artis.

7.  Tahan lasak ke?

Biasanya surface ni dijual bersama cover dan tempered skrin. Pengalaman saya menggunakan Surface Go 2 setakat ini, kalau terjatuh atau anak terpijak tu so far okay. Tiada masalah. Tapi jangan sengaja pijak pulak!

8.  Boleh digunakan untuk kerja-kerja berat?

Device atau peranti ni depend pada pekerjaan atau penggunaan user. Kalau saya, dengan kerja-kerja sebagai guru tu sangat memudahkan dan tiada masalah. Sekali sekala kalau guna photoshop atau video editing pun okay. Tapi jika anda seorang artist, designer, or engineer yang memerlukan 3d modelling atau video composing, boleh consider untuk beli device yang lebih sesuai.

9.  Apa beza Surface Go dengan Surface Pro

Konsepnya lebih kurang sama dengan Ipad mini dengan Ipad pro. Dari segi processor lagi laju, ram lagi laju, skrin lagi besar. Surface go 2 ni lebih kecil dari A4 dan lebih besar dari B5. Microsoft mengeluarkan pelbagai jenis device, bukan hanya Surface Go 2 sahaja, dan setiap satu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri

10. Boleh connect dengan lcd projector?

Of course boleh. Ia boleh connect dengan lcd menggunakan cable vga atau hdmi spt biasa, namun perlu beli converter ataupun boleh connect secara wireless, screenbeam atau miracast.

Setiap peranti mempunyai keistimewaan tersendiri. Ia bergantung kepada anda sebagai user, bagaimana anda ingin menggunakannya!

Bagi cikgu, surface Go 2 sangat berbaloi.

Tablet Mood

Pandangan sisi

Pandangan atas

Pandangan depan

Pandangan belakang

apa pandang-pandang? hihi

Sunday, 8 August 2021

Toys Box : 4 Tip Bantu Ibu Mengemas Mainan Anak

Salam & Hi!

Saya yakin ramai di antara rakan-rakan pembaca dan followers blog ni adalah kaum ibu. Masing-masing dah berkahwin, dan beranak pinak. Sebab masa mula mula up blog ni 11 tahun dulu, ramai kenalan readers dan bloggers masih single mingle, muda remaja. Zaman universiti gitu. Sekarang faham-fahamlah. 

So apa yang saya ingin kongsikan kali ni adalah tips untuk mengemas/simpan mainan anak-anak. Saya mempunyai 2 orang anak lelaki. Setakat ni lah, esok lusa belum tahu lagi. So kalau anak lelaki ni tahulah apa jenis mainannya. Ada ultraman, robot, kereta, lori, dinasour, animals dan lain-lain. Penat nak state satu-satu. Setiap kali lepas anak bermain, mainan-mainan tu semua akan bercampur, dan of course kita pun pening/stres nak kemas.. Terutama mainan yang kecil.

Apa yang saya lakukan, beli beberapa storage box khas untuk mainan anak-anak. Ini adalah beberapa tips yang saya boleh share :


1. Storage box yang sama design dan warna. 

Kenapa nak sama design dan warna? Supaya nampak lagi organized bila disusun. Tapi ni terpulanglah pada citarasa mommy semua. 


2. Saiz mengikut jenis & kuantiti mainan. 

Kalau mainan tu banyak, perlu box yang besar. Saya decide size box berdasarkan jenis dan kuantiti mainan tersebut. Sama ada box besar, sederhana atau kecil. Pelbagai size dan brand ada di pasaran. 


3. Design taging 

Mommy boleh design taging comel-comel, print pada sticker paper or glossy paper dan tampal pada box tersebut. Kalau ada printer boleh buat sendiri dan tak perlu tempah sticker. Anak-anak juga dapat dilatih untuk menyimpan mainan mengikut kategori.


4. Susun pada satu tempat atau rak

Bila dah siap, semua toys box tu kita letak pada satu tempat. Jadi anak-anak pun senang nak pilih mainan. Begitu juga lepas bermain, anak-anak boleh masukkan mainan mengikut taging box tersebut. Dalam masa yang sama mommy dapat didik anak supaya lebih berdisiplin dan tersusun.





Tapi sistem box ni bukan untuk mainan yg besar-besar macam robot, control car semua tu. Yang tu kita simpan lain. Hihi.

Semoga perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada mommy out there! ๐Ÿ˜๐Ÿ’˜

Saturday, 29 February 2020

Diari Guru

Alhamdulillah. Saya rasa perasaan ini adalah perasaan yang selalu dirasai oleh semua yang bergelar guru. Ada waktu kita rasa stress bila mengajar, sebab dalam satu kelas bukan semuanya perform. Ada yang sangat bagus, ada yang sederhana, dan ada juga yang agak kurang bagus. 

Tapi kena ingat, yang tak bagus tu bukan tak bagus selamanya. Mungkin awak belum jumpa apa yang boleh mendorong awak untuk capai apa yang seharusnya dicapai. Pendek kata, ia seolah olah suis yang berada dalam gelap. Bukan tak nak buka lampu, dan bukanlah nak duduk dalam kegelapan, cuma tak jumpa dimana suis untuk dipetik. Dan ini berkait dengan apa yang ingin saya coretkan kali ini.

Hari ni didatangi beberapa bekas pelajar. Biasalah, mereka akan datang untuk mengambil sijil SPM. Tak pun, datang melawat cikgu-cikgu. Terima kasih sebab sentiasa mengingati cikgu-cikgu yabg pernah mengajar mereka. 

Tapi kali ini agak berbeza. Apa yang membuatkan saya terlintas untuk berkongsi disini, kehadiran beberapa orang bekas anak didik saya pada hari ni membuatkan saya terkejut dan rasa gembira.

Macam biasa, cikgu tanya study kat mana sekarang, ambil kos apa, dan sebagainya. Tapi salah seorang pelajar ni yang memang dulunya susahnya alahai nak skor fizik, sekadar lulus cukup-cukup makan aje. Tapi bila di tanya belajar di mana sekarang, Alhamdulillah, terkejut juga cikgu. Bila ditanya berapa pointer setakat ni, pun Alhamdulillah! Hebat. Above 3.6 ! Setelah mengajukan beberapa soalan, terngiang ngiang situasi kenangan semasa mengajar mereka dulu. Nak fahamkan sesuatu konsep, nampak macam mudah, pelajar 'rasa' macam faham. Tapi bila exam, susahnya nak apply apa yang telah diajar. 

Tapi cikgu tak salahkan pelajar. Sebab cikgu tahu dan faham, setiap pelajar adalah tidak sama. Kemenjadian yang berbeza. Kemampuan yang berbeza. Dan pelajar itu sendiri tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mampu atau tidak untuk meneroka sesuatu ilmu. Jika mampu sekalipun, berapa peratuskah yang mampu diterima? 

Saya seringkali menasihati pelajar, di dalam kelas/makmal, cikgu mengutamakan sahsiah dan disiplin. Berusaha dan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Jika ditakdirkan rezeki kamu, InsyaAllah berjaya. Tapi dengan syarat, kena ada usaha, ikhtiar, dan doa! Jika sahsiah baik, insyaAllah akademik baik. Jika Akademik baik, belum tentu sahsiah baik. Utamakan sahsiah, termasuklah menghormati cikgu, hubungan baik dengan mak ayah, hubungan dengan rakan rakan, dan jaga hubungan dengan pencipta (itu semestinya).

Kita tak tahu bila kita akan memperoleh rezeki (kejayaan). Berusahalah dari sekarang, kalau kejayaan itu tidak diperoleh sekarang, mungkin nanti. Kalau tidak cemerlang di zaman persekolahan, mungkin cemerlang di peringkat universiti. Tapi kena ada usaha yang berterusan. 

Buat anak anak didik cikgu yang telah melanjutkan pelajaran ke mana mana, Tahniah cikgu ucapkan. Anda telah mendapat 'kunci' untuk membuka pintu kejayaan. Tapi ingat, baru kunci! Belum sampai lagi ke destinasinya.


Coretan,
Cg Kartika
Jumaat, 28 Feb 2020 

Sunday, 22 December 2019

๐ŸŒทMajlis Aqiqah & Kesyukuran Aisy Affan & Ardany Affan ๐ŸŒท

Alhamdulillah, semalam 21 December 2019 selesai Majlis Aqiqah & Kesyukuran Aisy Affan & Ardany Affan. 

Majlis aqiqah ni diadakan untuk Ardany dan kesyukuran untuk Aisy, sempena  kelahiran dia yang ke 4 tahun bersama dengan sepupunya Naufal ( 8 tahun)

Pada mulanya kami tak rancang pun nak buat majlis ni. Tapi alang-alang cuti sekolah, dan ada masa, kami start plan satu-satu sedikit demi sedikit. Hampir 3 minggu persediaan dibuat sebelum majlis berlangsung. Beli barang-barang, tempah kek, banner, baju untuk kena dengan tema ๐Ÿ˜‹ dan lain-lain. Berikut adalah senarai lengkap untuk majlis ni, simpan di sini untuk rujukan akan datang incase nak buat majlis lagi๐Ÿ˜€

๐ŸŒŸ Bilangan jemputan/sedara mara
๐ŸŒŸ Tempahan kambing aqiqah
๐ŸŒŸ Tempahan makanan catering
๐ŸŒŸ Khemah lengkap scallop
๐ŸŒŸ Set kerusi dan meja
๐ŸŒŸ Goodies
๐ŸŒŸ Sticker goodies
๐ŸŒŸ Banner
๐ŸŒŸ Props/decorations meja kek
๐ŸŒŸ Tempahan kek 
๐ŸŒŸ Baju untuk tema

Kami memilih warna biru putih sebagai tema dan berkonsepkan 'Thomas & Friends' untuk disesuaikan dengan kanak-kanak. Aisy pun suka thomas ni. Mainan thomas pun banyak, so boleh guna untuk decorations.

Since majlis ni dibuat di kampung atok (belah suami) di Endau, saudara mara banyak membantu dari segi jemputan, deal katering dan khemah. Barang-barang lain kami sendiri angkut dari melaka ke endau. Penuh 2 kereta. Tak cukup X70, nasib baik ada Viva comel dan minta anak buah drive balik bersama. Tq Siti. #SitiPagoh #SitiIzzah 

Tq semua saudara mara yang banyak bantu menguruskan majlis ni terutama kak chik & suami yang banyak membantu dari awal persediaan majlis, carikan kambing aqiqah, katering, khemah dan lain-lain.

Tq kak @ely_ywj79 & suami yang super kreatif, deko2 sampai 2 pagi bersengkang mata, kehulu kehilir sama-sama cari idea bersama sayangku @ford7883 ๐ŸŒท๐Ÿ˜˜ Sehingga tidur pun mimpi pam belon zupp zupp. Haha. Mata pun dah warna putih biru sama dengan tema.

Oh ya, disebabkan atok pun lahir bulan 12, kami celebrate sekali birthday atok. Cunn kan. Atok pun sporting je layan anak cucu cicit dia. 

Alhamdulillah, terima kasih suami ku Suffian bin Mohamed. Semoga anak-anak kita Aisy Affan & Ardany Affan menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat.



Tuesday, 3 December 2019

Susu Ibu untuk Si Kecil

Alhamdulillah, Ardany Affan dah masuk 2 bulan. Ini adalah anak kedua. Anak pertama, Aisy Affan is going to celebrate his 4 yo birthday on this december. Ya, beza 4 tahun. Agak jauh kan.

Aisy dulu fully breastfeed sampai 1 tahun setengah. Kemudian mix dengan FA, tapi still breastfeed until 2 tahun setengah. Bila dah umur 2 tahun lebih, saya cuba wean off. Bukan senang. Cuba macam-macam cara. Pada mulanya tak yakin. Boleh ke Aisy nk wean off breastfeed ni? Tapi Alhamdulillah, walaupun ambil masa lebih kurang 1 minggu, tapi berjaya! Bila baca pengalaman orang lain, ada yang sampai berminggu minggu untuk cuba ceraikan susu ibu.

Ada yang menyatakan penyusuan ibu secara eksklusif dapat mengecutkan rahim, dan mungkin disebabkan itulah saya lambat untuk 'lekat' second baby. Tapi ada baiknya beza 4 tahun antara Aisy dan Ardany, saya dapat bagi tumpuan lebih pada anak sulung. Namun, walaupun dah ada anak kedua, rasa masih belum puas manjakan anak sulung. Saya rasa bukan saya seorang yang mempunyai  perasaan seperti ini, semua ibu merasakan perkara yang sama ๐Ÿฅฐ

Tambahan jika kita menyusukan anak dengan susu badan, bonding anak akan lebih erat. Saya bukanlah pakar dalam hal ni untuk bercakap tentang susu ibu. Tapi penulisan saya kali ini adalah perkongsian berdasarkan pengalaman sendiri. Jika kita berniat untuk menyusukan anak, insyaAllah susu akan ada. Manakala jika bercadang untuk menyediakan stok susu, maka dalam tempoh berpantang adalah waktu yang terbaik dan sesuai untuk ibu menyediakan ebm, iaitu "Expressed Breast Milk" sebagai persediaan apabila ibu bekerja nanti.

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dan persediaan untuk penyusuan bayi dengan susu ibu, antaranya :

1. Pam susu yang friendly.

Pastikan pam susu yang dibeli adalah mesra pengguna. Maksudnya mudah dipasang, mudah ditanggalkan dan mudah dicuci. Sebelum ni masa anak pertama saya pernah cuba pam susu brand Tommy Tippee. Tapi guna tak lama, sebab rasa kurang selesa tambahan ia mempunyai compartment yang banyak. So agak leceh bila nak pasang atau tanggalkan. 
Faham-fahamlah, kita sebagai ibu memiliki masa yang terhad. Banyak perkara perlu dilakukan dalam satu masa dan harus dilakukan dengan cepat. Perancangan rutin harian juga perlu lebih teliti. Jadi bila tiba masa untuk mengepam susu, kalau boleh make it easy and relax. Just take it and enjoy.. Tak nak serabut atau ambil masa untuk pasang atau cuci. So saya bertukar dari Tommee Tippee kepada Spectra 9plus. Compartment yang simple, mudah dipasang, mudah ditanggalkan, dan mudah dicuci. And, i really love it and still using it until now (2nd baby).
Sekarang ada pelbagai jenis dan brand pam susu elektrik di pasaran. Ibu-ibu boleh decide dan pilih yang terbaik mengikut kesesuaian dan minat tersendiri๐Ÿ˜˜

2. Botol atau breast milk storage bag

Untuk menyimpan susu, ibu boleh sediakan botol atau plastik khas simpanan susu. Sediakan botol atau plastik yang cukup. Maklumlah kita dalam berpantang susah nak keluar beli barang. So lebih senang kalau terus standby stok banyak-banyak.

Untuk penggunaan botol, saya gemar menggunakan botol yang kecil, yang max 2-3 ounce. Sebab apa? Sebab untuk permulaan penyusuan bayi menggunakan botol, bayi tidak menghisap dengan banyak. Jadi mulakan menyimpan stok dengan amount yang sedikit. Susu yang telah dipam dimasukkan dalam botol-botol kecil. Lets say hasil susu yang telah dipam adalah 10 oz. So boleh dibahagikan kepada 5 botol kecil dan setiap satu berisi 2 oz. Jadi bila kita start dengan penyusuan botol pada bayi, tak perlulah cairkan dengan kuantiti yang banyak. Secara tak langsung mengelakkan pembaziran, tambahan susu ibu (ebm) yang dicairkan tidak boleh dipanaskan berulang kali.

Seterusnya penggunaan plastik. Apabila stok botol-botol kecil agak mencukupi, ibu boleh mula menyimpan susu dalam plastik khas/ breast milk storage bag. Terdapat banyak jenis plastik dan estimate amount yang terdapat di pasaran. Mulakan menyimpan susu dengan amount 5 oz / 7 oz / 10 oz dan seterusnya.
3. Peti simpanan susu

Dalam kegembiraan ibu memerah susu untuk disimpan sebagai stok, ibu perlu memikirkan tempat yang sesuai untuk menyimpannya. Pastikan susu ibu yang disimpan tidak diletak sekali dengan lauk  basah. Ibu perlu ketahui fasa dan tempoh hayat susu perahan. Boleh rujuk pada jadual penyimpanan susu ibu (google je๐Ÿ˜€)

Berikut adalah anggaran tempoh hayat untuk penyimpanan susu ibu :

1. Suhu bilik - 4 jam
2. Cooler box (dengan ice pack yang sejuk) - 24 jam
3. Peti sejuk (Chiller) - 3 hingga 5 hari
4. Peti beku ( peti sejuk 1 pintu) -
5. Peti beku (peti sejuk 2 pintu) -
6. Deep Freezer - 6 bulan

Kalau ibu mempunyai stok yang banyak, ibu perlu memikirkan tempat untuk menyimpan susu yang sesuai. Selama tempoh saya berpantang (about 40 days), saya dapat memerah susu sebanyak 40 oz sehari. Sekali pam dapat 10 oz (kiri dan kanan) x roughly 4 kali sehari. Alhamdulillah, memang meriah!  Sangat banyak! Tak sangka juga macam mana dapat susu yang melimpah ruah macam ni. Inilah dinamakan rezeki anak.
Disebabkan stok saya yang banyak dan setelah berbincang dengan suami, kami decide untuk beli deep freezer. Sebabnya, dah penuh susu di bahagian peti beku sehingga tak tahu nak letak kat mana lagi. Mulanya serba salah juga nak beli, takut membazir. Tapi suami cakap nanti dah tak ada stok susu, boleh simpan lauk basah pula. So, okay lah, tabahkan hati. Dan, kami beli.
Alhamdulillah, deep freezer ni sangat-sangat membantu saya dan yang paling penting dah tak risau lagi memikirkan mana nak simpan ebm yang banyak. Deep freezer ni bukanlah  satu keperluan bagi ibu yang menyediakan ebm. Ia bergantung pada susu ibu masing-masing. Kalau ibu masih boleh simpan dalam peti sejuk biasa, janganlah membazir ๐Ÿ˜Š
4. Makanan perangsang susu @ milk booster

Seterusnya, untuk memastikan susu sentiasa ada dan cukup untuk simpanan ebm, pemakanan ibu perlu dijaga. Makanan yang dimakan oleh ibu akan diproses dan menyalurkan zat kepada bayi melalui susu ibu. Sekarang terdapat pelbagai produk milk booster di pasaran. Tak salah mencuba. Tapi saya ingin kongsikan di sini bahawa saya tidak mengambil apa-apa supplement untuk merangsang susu. Berikut adalah beberapa cara yang saya amalkan untuk mendapat susu yang melimpah ruah :

1. Mesti makan nasi
Walaupun dengan kuantiti yang sedikit, dalam sehari saya mesti makan nasi. Kalau tak, memang susu akan drop dan cair. Dalam erti kata lain, jangan amalkan diet dengan tidak mengambil nasi. Cubalah diet cara lain.

2. Ambil protein
Makan nasi dengan lauk ikan.

3. Minum susu 
Tak kisah brand apa, asalkan mengandungi khasiat yang tinggi dan sedap. Amalkan setiap pagi dan malam.


4. Kurangkan minum ais
Kalau boleh elak lagi bagus. Dan banyakkan minum air suam. Baik untuk mengaliran susu dan membantu mengurangkan bengkak susu.
Siapa di sini tak boleh ambil milkbooster? Kalau ambil, susu terlebih melimpah ruah? Kalau ada, kita geng!


Saya tegaskan sekali lagi, ini adalah CARA saya. Tips yang saya share disini bukanlah menjanjikan ibu-ibu mendapat susu yang banyak, kerana setiap badan manusia tak sama kan. Terpulanglah pada ibu-ibu di luar sana ๐Ÿ˜˜ yang penting ibu dan anak sihat. Bahagia.


Panjang betul coretan ni. Harap perkongsian saya kali ni dapat memberi manfaat kepada pembaca. Dan untuk rujukan saya juga! Lain kali nak beranak kecil lagi, boleh rujuk sini ๐Ÿ˜‹

๐ŸŒนMommy Aisy & Ardany

Sunday, 1 December 2019

Resipi : Cheesy Buttermilk Prawn ๐Ÿค

Salam semua. Kali ni saya nak share resipi Cheesy Buttermilk Prawn ๐Ÿค, ini adalah resipi olahan sendiri. Senang, dan mampu milik ๐Ÿ˜๐Ÿ˜‹

๐Ÿฑ Bahan-bahan

Butter 3 sudu besar
Bawang putih (dikisar -1 sudu besar)
Halia (dikisar - 1 sudu besar)
Udang saiz sederhana 200 gram
Susu cair 1/2 cawan
Gula perang 1 sudu teh
Garam secukup rasa
Cheese (sekeping)
Hirisan daun bawang

๐ŸณCara-cara

1. Panaskan kuali / cairkan butter. 
2. Masukkan bawang putih dan halia. Tumiskan.
3. Masukkan udang. Gaul sebati dan biarkan udang kemerah-merahan.
4. Tuangkan susu cair. 
4. Masukkan gula perang dan garam secukup rasa.
5. Gaul sehingga sebati dan masukkan cheese.
6. Biarkan mendidih dan teruskan gaul sehingga cheese cair dan sebati.
7.  Tabur hirisan dun bawang sebagai hiasan.

Siap! Selamat mencuba.

Cun kan? 

Saturday, 19 January 2019

Aktiviti Rekreasi di Taman Tasik Ayer Keroh

Aktiviti Rekreasi ini merupakan aktiviti latihan fizikal, yang melibatkan 20 orang pelajar Kelab Rekreasi Mrsm Tun Ghafar Baba. Aktiviti ini merupakan program terakhir bagi mereka, selama satu tahun lebih menjadi ahli kelab Rekreasi 2018/2019. Program ini juga merupakan aktiviti penutup kelab ini sebelum mereka fokus sepenuhnya terhadap spm 2019. 

Di Taman Tasik Ayer Keroh ni terdapat pelbagai aktiviti fizikal. Setiap aktiviti dikenakan bayaran yang memang berpatutan. Lokasi taman ini terletak lebih kurang 5 minit dari Mydin Ayer Keroh, dan berhampiran dengan Zoo Melaka. Kedudukan yang strategik ini sesuai untuk beriadah bagi seisi keluarga. 

Untuk program kelab kali ini, para pelajar diberi tiga latihan fizikal, iaitu 
1. Kemahiran Berkayak
2. Rock Climbing
3. Flying Fox

Sebelum join aktiviti, pelajar diberi taklimat keselamatan oleh intsructor yang bertugas. Banyak kemahiran yang dapat dipelajari. Pelajar sangat enjoy, dalam masa yang sama dapat memupuk semangat kerjasama, semangat berpasukan, semangat bersukan dan memupuk nilai cintakan alam. Yelah, sekali sekala kita keluar dari kepompong asrama dan sekolah dan melihat dunia luar. Cikgu pun dapat release tension.
Para peserta diberi taklimat keselamatan oleh instructor yang bertugas
Peserta tekun mendengar taklimat keselamatan sebelum memulakan aktiviti fizikal
Peserta lelaki bersiap sedia memakai jaket keselamatan sebelum berkayak
Peserta perempuan bersiap sedia memakai jaket keselamatan sebelum berkayak
Peserta dibantu oleh instructor untuk memulakan aktiviti berkayak

KOMUNIKASI SEMASA BERKAYAK

Ilmu baru yang dapat hari ini : Berkayak memerlukan komunikasi. Komunikasi diantara orang depan dan orang di belakang. Dari komunikasi itulah wujudnya kerjasama antara pasukan, di mana arahan dapat disampaikan dan mencapai kata sepakat untuk menentukan hala tuju. 

Apa yang berlaku jika tiada hubungan yang baik antara orang di depan dan di belakang? Kapal kayak yang dikemudi bukan bergerak ke depan, tapi bergerak berpusing ke kiri dan ke kanan, dan tiada hala tuju. 

So kalau ada kawan-kawan atau siapa yang tak bercakap bertegur. Letak mereka dalam satu sampan. Selagi tak bercakap, tak bergerak la smpan  mereka.๐Ÿ˜Ž 

Students kelas fizik cikgu ada tak yang tak ngam dengan kawan sekelas? Meh cikgu letak korang dalam satu sampan. Kita tengok macam mana ๐Ÿ˜‰


Thanks my students. You've coloured mylife.... 

Monday, 10 July 2017

PERMOHONAN GURU MARA 2017


Permohon secara atas talian telah dibuka kepada semua yang berminat bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Calon yang LAYAK akan dipanggil untuk temuduga.

Tarikh tutup 19 Julai 2017
http://apps.mara.gov.my/vacancy2/


Boleh baca post ika tentang pengalaman dan cara permohonan guru mara pada tahun 2013 >Permohonan Guru Mara<


Kalau berminat, cubalah. 
Kalau rezeki, Alhamdulillah.
Goodluck! 

Resipi : Siakap Stim



Salam sisters!
Kali ni ika nak share resipi siakap stim. Siakap stim ni is one of the favourite menu ika dan husband. Since Umi ika asalnya dari bangkok Thailand, masakan thai ni kami selalu sangat makan di rumah (rumah mami abah). Especially kalau balik kg cuti sekolah. Memang dihidangkan dengan menu yang lengkap, makan pagi makan tengahari, makan malam. supper. everything is prepared. Umi ika memang suka masak, and she definitely enjoy doing that. Sebab tu jangan harap nak diet kalau balik kg. Makan je. Enjoy your holiday. =)

Nak masak siakap stim ni mudah je sebenarnya. Kalau ika, ika tak suka pilih ikan yang terlalu besar. Sebab kalau saiz ikan tu besar sangat, aroma stim tu kurang menyerap dalam isi ikan. Tapi depends la pada portion masakan anda. Basic Ingredient adalah: bawang putih, halia dan asam limau nipis. tiga benda ni adalah ramuan utama untuk siakap stim. so ini resipinya. bolehla cuba ye=)

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap sederhana besar
5 ulas bwg putih
1 biji bwg holland
5 biji cili padi
2 inci halia
2 batang serai
3 sudu sos ikan
1 cawan jus limau nipis
gula garam secukup rasa
Sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau utk hiasan

Cara-cara :
1.  Bersihkan ikan dan kelar ikan supaya sos meresap.
2.  Perap ikan dengan sedikit jus limau nipis
3.   isi air dalam kuali/bekas pengukus.
4.   Masukkan serai yg telah dititik
5.   Masukkan ikan ke dalam pengukus
6.   Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
7.   Cincang halus bwg putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan
8.   Last skali masukkan bwg holland yg dipotong halus...
9.   Boleh tambahkan sayur-sayur lain (brokoli/baby corn/tomato)
10. Gula garam secukup rasa. Kukus sehingga ikan masak 
11. Hiaskan dengan daun ketumbar + limau/lemon + cili merah



Image may contain: food
inilah hasilnya


                                   

Selamat mencuba!

Wednesday, 21 June 2017

Pemenang GiveAway by The Cartieca =)


Salam sisters!

Thank you so much kepada anda yang sudi join giveaway pada post yang sebelum ni > GiveAway By The Cartieca <. So berikut adalah senarai 10 nama random lucky draw yang layak menerima scarf from Cartieca.

Kepada yang tidak tersenarai, ika minta maaf dan jangan sedih. Tunggu next giveAway nanti, insyaAllah  =)

2. FeyLiez
9. Syeeda


Kepada nama-nama yang tersenarai di atas, sila emailkan maklumat anda ke 
kartvirgo@gmail.com

NAMA PENUH :
NO HP :
ALAMAT :
EMAIL :

Tahniah kepada pemenang. Tunggu parcel sampai ke rumah anda ! nanti dah dapat parcel tu, roger2 la kat sini =)


with love,
cartieca

Wednesday, 14 June 2017

The Cartieca Give Away #2

Salam ladies. 
Sempena bulan puasa ni, The Cartieca akan mengadakan 2nd GiveAway khas buat semua lovely readers out there. Pelbagai jenis scarf dari koleksi The Cartieca akan diberikan kepada 10 orang followers yang berminat untuk rebut peluang ini. Hanya 10 orang bertuah sahaja yang akan dipilih. Jadi tunggu apa lagi, jom rebut peluang ini. Macam mana nak dapatkan scarf The Cartieca? follow step ini :

1. Follow blog ni
2. Like page Hijab By Cartieca
3. Create post di blog anda dan iklankan tentang GiveAway ni.
4. Tinggalkan komen anda di ruangan komen post ini.

Done. =)

Keputusan akan diumumkan pada 20 June 2017. Goodluck!








Popular Posts